Anak asyik minta telefon, ibu ini kongsi 5 cara elak si kecil ketagih gajet

[VIDEO]Kalau sayang, tolonglah kawal anak guna gajet! Tak guna menyesal kemudian hari
[VIDEO]Kalau sayang, tolonglah kawal anak guna gajet! Tak guna menyesal kemudian hari
A
A
A

ANAK adalah segalanya-galanya buat ibu dan bapa. Segala kemahuan dan keinginan, ibu bapa akan cuba tunaikan demi kasih sayang.

Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang di mana semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet, termasuklah kanak-kanak.

Namun ia bukanlah sesuatu yang menyihatkan kerana kanak-kanak main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau.

Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.

Oleh kerana kesedaran bahayanya gajet dengan penggunaan yang terlalu kerap atau lama boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak, seorang wanita dikenali Nadia Salwa Roslan berkongsi tip bagaimana dirinya mengawal penggunaan gajet di kalangan anak-anaknya.

Menurut Nadia Salwa, tidak dinafikan bahawa anaknya akan diberikan peluang untuk menggunakan gajet setiap hari, namun ia bukanlah sepanjang masa.

Dalam sehari anak-anak diberikan peluang menggunakan gajet dalam dua hingga tiga kali sahaja selama 30 hingga 45 minit.

Tambahnya lagi, kawalan terhadap penggunaan gajet ini tidak akan menjadi sukar jika kita sebagai ibu bapa memaklumkan peraturan penggunaan gajet lebih awal kepada anak agar mereka faham sebelum menggunakannya.

Baca juga ADHD bukan kerana gajet, telefon bimbit atau sebab salah didikan ibu bapa! Ini penjelasannya

Ini lima cara digunakan untuk elak anak ketagihan gajet;

1. Kurangkan main gajet bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah

Kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gajet tanpa kawalan atau terlalu lama.

Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada usia sebegini. Main gajet cukup sekadar sebagai hiburan tambahan sahaja, bukan sebagai alat hiburan utama.

2. Letakkan syarat sebelum anak main gajet

Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka.

Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet.

Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat, makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet.

3. Tetapkan had masa anak menggunakan gajet

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan peringatan awal kepada anak berkenaan tempoh masa penggunaan gajet.

Menurut Nadia Salwa, "Apabila sudah tiba lima minit terakhir, ingatkan anak bahawa masa mereka untuk menggunakan gajet hanya tinggal lima minit sahaja lagi. Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih peka dan akan memberikan kerjasama dengan mudah untuk memulangkan semula gajet yang telah digunakan."

4. Sentiasa terangkan bahaya gajet kepada anak

Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gajet kepada anak juga amat penting, agar dia tahu dan faham mengapa tidak boleh main gajet dengan kerap.

Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama.

Apabila mereka memahami keburukan gajet, insya-ALLAH anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.

5. Pantau siaran atau kandungan gajet yang ditonton

Ibu bapa boleh menetapkan siaran-siaran tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak pada gajet agar mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya.

Jika anak anda terlihat kandungan siaran yang tidak sesuai, jangan terus memarahi atau menengking mereka kerana anak masih lagi belum matang dan tidak memahami apa yang boleh atau tidak boleh untuk ditonton.

Ini adalah tugas ibu bapa untuk menerangkan kepada anak dengan sebaik mungkin agar mereka faham apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh.

Sementara itu, ujar Nadia Salwa, apablila anak tidak terlalu bergantung kepada gajet, mereka akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di rumah, seperti;

1. Si kecil juga mempunyai lebih banyak masa untuk belajar sesuatu yang bermanfaat daripada buku-buku bacaan.

2. Mood anak ini juga lebih mudah menjadi gembira memandangkan dia menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dengan ibu bapanya berbanding bersama gajet.

3. Apabila mood anak-anak menjadi gembira, mereka akan lebih mudah mendengar kata dan tidak terlalu leka berbanding ketika menggunakan gajet.

Baca juga Gajet antara punca anak lambat bercakap, ini solusinya

Memandangkan dirinya merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan online, maka secara tidak langsung dirinya akan lebih banyak menggunakan telefon pintar atau tab.

Cabaran utamanya ialah, ibu ini sendiri perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar di hadapan anak-anak agar ia menjadi contoh utama kepada si kecil.

Selain itu, dia sendiri perlu bersikap lebih tegas dan berdisiplin terhadap anaknya agar tidak dimanipulasi dengan pujuk rayu anak untuk menggunakan gajet.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca