Anak batuk tak henti, selesema, ini cara mudah doktor dedah patut ibu lakukan
ANAK adalah segala-galanya bagi wanita yang bergelar ibu. Jika anak tidak sihat, ibulah orang yang paling susah hati.
Setiap ibu pasti tidak terlepas daripada menjaga anak yang sakit. Tidak kiralah batuk, selesema ataupun demam.
Di tambah lagi pada musim tidak menentu ini, anak-anak mudah terkena pelbagai jangkitan.
Namun, tahukah ibu jika anak-anak mengalami batuk yang tidak henti dan selesema, anak-anak perlu dibawa keluar mencari tanah dan matahari.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, cara mudah itu merupakan 'ubat' yang paling berkesan.
"Bawak anak keluar cari matahari dan tanah bila batuk dan selsema. Kalau dulu kita tak berani bawak anak keluar rumah bila sakit, sekarang kita kena ubah pulak. Lagi anak tak sihat, lagi kita bawak keluar. Tapi masih dalam keadaan berjaga gitu.
"Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu.
"Baru-baru ini anak saya batuk. Seharian jemur kat luar. Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah.
"Masya-ALLAH, dalam masa 3 hari je dah selesai batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan ALLAH ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.
"Ubat paling power tau matahari dan tanah ni. Percuma pulak tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan," ujarnya.
Baca juga Demam selesema biasa, influenza, denggi, ini tanda yang membezakan. Wanita wajib tahu
Menurut Dr Mazliana, vitamin D yang didapati membuatkan anak-anak lebih cepat sembuh.
"Lebih masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insya-ALLAH dengan izin dariNya.
"Bila bersentuhan dengan tanah pulak, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Dapat kurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak. Bila bahagia dan tak stres, cepatlah sembuh bila sakit kan.
"Boleh cuba tau. Ramai sangat tanya pasal anak tak sihat. Apa saya share, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.
"Kalau anda dah buat semua, tapi masih tak menjadi, jom cuba bawak anak cari nikmat matahari pulak. Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak kan.
"Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh," coretnya dalam perkongsian di Facebook.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang