SIAPA yang tidak risau apabila melihat anak-anak ‘lembab’ dalam pembelajaran jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak lain tetapi adakah golongan bergelar ibu bapa ini, mengetahui punca anak menjadi sedemikian rupa.

Punca terjadi disebabkan oleh pendedahan alatan elektronik yang terlalu awal serta sikap ibu bapa yang tidak mengawal penggunaan alatan tersebut.

Namun, tidak dapat dinafikan anak-anak yang diberikan alat itu akan terlihat sangat baik kerana tidak menganggu ibu bapanya dan juga mereka kelihatan begitu fokus menyaksikan paparan skrin pada alat berkenaan.

Ya, memang tidak mudah untuk menjaga anak-anak yang masih kecil tetapi pendedahan alatan itu terlalu awal bukanlah satu idea yang terbaik, sebaliknya ibu bapa boleh gantikan ia dengan permainan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak.

Perkara yang disangka baik untuk anak-anak sebenarnya sedikit sebanyak memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan kognitif.

Berikut 10 kesan buruk pendedahan telefon pintar dan komputer tablet terlalu awal kepada anak-anak, ini yang perlu ibu bapa ketahui:

1. Pertumbuhan kognitif terhalang

Umum mengetahui sebaik sahaja bayi dilahirkan, otak akan mulai berkembang dengan begitu pantas. Sewaktu ini bayi akan belajar menyebut beberapa perkataan yang sering mereka dengari daripada orang sekeliling yang bercakap dengannya.

Bayi tidak boleh mempelajari perkataan dengan hanya menonton paparan skrin tersebut bahkan, terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa pendedahan alatan pintar secara berlebihan akan mengakibatkan perkembangan kognitif yang perlahan atau ‘lembab’, daya perhatian yang lemah serta gangguan pendengaran.

2. Membina obsesi terhadap alatan pintar

 Kebanyakan ibu bapa menggunakan alatan pintar sewaktu ingin menenangkan anak-anak daripada mengamuk atau memujuk mereka supaya berkelakuan baik.

Perkara ini sebenarnya tidak benar kerana ia telah melahirkan satu keinginan yang tinggi. Justeru, ibu bapa perlu menghadkan pemberian alat itu supaya mereka tidak terlalu bergantung dengannya.

3. Pertumbuhan fizikal perlahan

Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti seperti bermain, bersiar bersama ibu bapa bukannya menonton paparan alatan pintar.

Pendedahan alatan itu dalam tempoh yang begitu lama akan menjadikan anak-anak malas dan tidak tertarik untuk melakukan aktiviti lain dan ia akan mendorong kepada pertumbuhan fizikal yang perlahan serta obesiti dalam golongan kanak-kanak.

4. Kekurangan pendedahan sosial

Rentetan daripada taasub terhadap alatan pintar itu akan membentuk anak-anak yang tidak bergaul dengan orang-orang di sekeliling mereka.

Anak-anak seolah-olah membina benteng kehidupan yang tersendiri dan ia tidak akan memberi masalah selagi alat elektronik itu bersamanya.

5. Meningkatkan risiko obesiti

Satu kajian telah dijalankan oleh The American Academy of Paediatrics, telah menjelaskan bahawa purata kanak-kanak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, paparan skrin telefon pintar serta bermain permainan video adalah selama tujuh jam sehari.

Tindakan itu berkemungkinan akan menyebabkan kanak-kanak makan keropok tanpa kawalan kerana begitu asyik dengan alatan tersebut bahkan, mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Hal itu yang menyebabkan kanak-kanak mungkin berisiko menghidap obesiti.

Baca juga: Senggugut teruk setiap bulan, kenali punca, cara elak wanita boleh lakukan

6. Kurang fokus untuk belajar

Ketaasuban ini akan menyebabkan anak-anak hilang minat serta fokus untuk belajar kerana bagi mereka, menonton serta bermainan permainan video lebih menarik.

Pendedahan alatan pintar yang terlalu awal sehingga mereka meningkat ke alam persekolahan akan menyukar mereka untuk memberikan tumpuan.

Iklan

7. Melahirkan rasa pengasingan diri

Pengasingan diri sama seperti kekurangan pendedahan sosial, kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan alatan itu akan menimbulkan satu rasa tidak peduli terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.

8. Masalah mata

Pendedahan terhadap alatan elektronik itu akan menyebabkan penguncupan otot mata yang terlalu banyak dan secara tidak langsung mendorong berlakunya masalah mata seperti jangkitan mata, rabun dan mengalami gangguan tidur.

9. Sakit leher dan belakang

Akibat terlalu asyik dengan alatan elektronik, anak-anak tidak akan memberi perhatian terhadap postur tubuh. Cara duduk yang tidak betul akan menyebabkan anak-anak sakit leher dan belakang.

Ia sangat bahaya sekiranya berlaku pada peringkat usia yang muda kerana masalah ini boleh menjejaskan postur tubuh seumur hidup.

Iklan

10. Terdedah kepada sinaran

Penggunaan alatan elektronik wayarles yang terlalu hampir pada tubuh akan meningkatkan pendedahan radiasi.

Perkara ini sangat bahaya kepada kanak-kanak kerana sinaran yang dipancarkan akan diserap lebih oleh tubuh kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Justeru, ibu bapa perlulah menghadkan pendedahan alatan eletronik kepada anak-anak dan cari alternatif lain yang boleh menarik minat anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: First Cry Parenting

Baca juga: Apabila ibu rengsa jadi seorang ibu, itu petanda parental burnout. Ini inti pati yang ramai perlu tahu

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI