Anda mangsa dera! Ini apa yang perlu kita tahu

A
A
A

SEJAK kebelakangan ini kes penderaan semakin kerap dilaporkan berlaku. Malah lebih buruk lagi sehingga ada yang berakhir dengan pembunuhan.

Buktinya, baru-baru ini kita dikejutkan oleh kes pembunuhan kejam apabila suspek yang merupakan suami kepada mangsa tergamak membunuh isterinya menggunakan senapang angin dan mayatnya ditemui dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, Johor Bahru.

Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Anda mangsa dera! Ini apa yang perlu kita tahuKes ini bermula apabila jiran mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan, Isnin lalu.

Ia membawa kepada penahanan suami wanita berkenaan serta seorang lagi lelaki yang berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya, keesokan harinya, bagi membantu siasatan.

Allahu tak sangka betul si suami tergamak bertindak sekejam itu terhadap isteri sendiri!

Tidak dinafikan ketika pandemik ini, banyak negara melaporkan peningkatan penderaan domestik.

Walaupun terdapat agensi kerajaan kita yang menyatakan tiada peningkatan kes penderaan di rumah, ianya tidak bermaksud penderaan tidak berlaku.

Menurut Public Health Malaysia di laman rasmi Facebook mereka, ini kerana, pergerakan yang terhad sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetahuan tentang di mana perlu dilaporkan, dan pelbagai lagi isu lain menyukarkan mangsa melaporkan kes berkenaan.

Ya! Memang banyak promosi dilakukan untuk meningkatkan kesedaran. Namun, ada juga mangsa yang tidak mahu membuat laporan.

“Ini termasuk mereka yang merasakan ianya mungkin sementara, mengharapkan perubahan suami dalam masa terdekat, memberikan peluang dan sebagainya. Dan akhirnya, kita hanya dengar perkara terburuk telah berlaku.

“Kita tidak mahu bila terjadi baru nak bertindak. Sedangkan tanda bahaya telah wujud. Pencegahan lebih baik daripada berubat,” menurut Public Health Malaysia di Facebook.

Maka langkah terbaik ketika ini adalah dengan cara kita bertindak sebagai mata-mata.

Tahukah anda, kita boleh menyedari penderaan domestik berlaku melalui media sosial?

Ya! Berikut adalah contoh penderaan domestik berlaku di media sosial :

  • Memuat naik status yang menjengkelkan, mencemar maruah, marah dan mengugut.
  • Membuat fake profile dan memeras ugut melalui komen status mangsa.
  • Perubahan pada status atau komen mangsa daripada keadaan yang ceria/biasa kepada satu keadaan yang murung/depressi.

Sebenarnya korang boleh bantu mangsa penderaan alaf baru dengan mengambil peduli. Untuk pengetahuan, status-status di Media sosial boleh dijadikan bukti di Mahkamah.

Jika korang nampak status-status media sosial yang menunjukkan berlakunya penderaan domestik, segera laporkan aduan di talian NUR 15999.

Jika kita bertindak awal mungkin perkara lebih buruk yang akan berlaku mampu dielakkan. Jadi ambil peduli!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca