SAMBUTAN Ulang Tahun SinarPlus kali ke-4 diraikan dalam suasana meriah dan havoc di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), pada 1 Mac.

Acara yang bermula seawal 10 pagi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 100 pelajar daripada pelbagai kursus.

Turut hadir dalam majlis ialah Editor Eksekutif Gaya Hidup & Hiburan, Meen Tahrin yang berkongsi aktiviti dan program SinarPlus Road Trip yang bakal berlangsung di beberapa tempat terpilih dan UNITEN menjadi destinasi pertama persinggahan.

BORAK BIBIR MERAH

Sempena hari istimewa itu, SinarPlus menganjurkan program ‘Borak Bibir Merah.

Mengetengahkan isu cinta bersyarat: demi mewah gadai maruah, program yang dikendalikan oleh pengacara terkenal, Anim Ezati Rizki itu diserikan dengan kehadiran selebriti dan ahli perniagaan, Mila Jirin sebagai panel jemputan dan wakil UNITEN yang juga bekas Setiausaha Agung, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNITEN, Muhammad Aqil Mirza.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan sesi soal jawab bersama para pelajar.

Mengakhiri sambutan istimewa itu, para panel dan wakil tuan rumah sama-sama memotong kek. Nyanyian ‘Happy Birthday’ daripada Mila dan pelajar memenuhi ruang dewan berkenaan.

Sebanyak lapan kek yang ditaja oleh beberapa pihak seperti pereka fesyen, Rizman Ruzaini, BizMilla Catering Sdn Bhd, Mardhiyyah Hotel & Suite dan Mykitchenpartner dijamu untuk para tetamu pada hari tersebut.

Iklan

Selain itu, para pelajar tidak pulang dengan tangan kosong dengan pemberian goodies pula berupa baucar Karangkraf Mall, AyuMeera dan Taco Bell.

Kru turut dijamu dengan tajaan makanan berupa nasi penyet daripada Kajang Food Station.

Program Borak Bibir Merah itu julung kali diadakan di IPT dan lokasi pertama menjadi pilihan ialah UNITEN.

Iklan

SinarPlus akan meneruskan penjelajahan ke IPT yang lain sempena ulang tahun ke-4, who next? Nantikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang