BARU-BARU ini heboh mengenai beberapa biskut di Malaysia yang mengandungi acrylamide yang bersifat prokanser yang boleh menyebabkan kanser.

Jika ditelusuri, biskut tersebut telah lama berada di pasaran dan dimakan sebagai kudapan sejak dulu lagi.

Sebenarnya, apakah itu acrylamide?

Menjawab kepada soalan itu, SinarPlus mendedahkan perkongsian daripada Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad.

Dr Zubaidi.

Tulis beliau dalam Facebook, secara amnya acrylamide adalah sebatian yang terbentuk semasa pemanasan makanan yang berasaskan karbohidrat dan protein pada suhu melebihi 100 darjah Celsius iaitu semasa menggoreng, memanaskan dan membakar.

Penting untuk orang ramai tahu bahawa pembentukan sebatian itu bergantung kepada tiga faktor iaitu:

i) Faktor makanan.

  • Berlaku pada makanan yang kaya karbohidrat dan berprotein. Kedua-dua makanan tersebut apabila terdedah pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia dipanggil de Maillard yang membawa kepada pembentukan acryilamide.

ii) Faktor suhu.

  • Semakin tinggi suhu yang digunakan, semakin tinggi kandungan acrylamide dalam makanan. Acrylamide mula dibentuk pada suhu 175 darjah Celcius dan lebih ketara pada suhu melebihi 200 darjah Celcius.

iii) Faktor masa.

  • Semakin lama ia dipanaskan, semakin tinggi tahap acryilamide. Ini termasuklah pemanasan yang berlaku secara berulang-ulang.

“Oleh itu, selain biskut, acrylamide boleh didapati pada kentang jejari goreng, kerepek kentang, cookies, kacang goreng, roti bakar, produk roti dan banyak lagi.

Dakwaan biskut jenama tempatan mengandungi bahan berbahaya, ini penjelasan KKM

“Daging yang dibakar seperti sate dan yang disalai juga mungkin mengandungi acrylamide,” terangnya.

Jadi, berikut beberapa cadangan yang disyorkan oleh Dr Zubaidi bagi mengelak kemelut berkenaan:

1. Kurangkan sehingga maksimum waktu menggoreng, membakar dan memanaskan makanan.

2. Jangan masak terlalu banyak. Jika tidak habis, kita mungkin akan memanas makanan itu beberapa kali.

3. Makanan yang tebal akan menyebabkan kita menggoreng dan membakarnya lebih lama manakala makanan yang lebih nipis tentu akan lebih pendek masa memasaknya.

4. Menyapu biskut dengan telur atau kuning telur akan mengurangkan tahap acryilamide.

Iklan

5. Jika anda membuat kentang goreng dalam oven, pastikan disusun atas pinggan sama rata dan jangan memasukkan terlalu banyak.

6. Merebus adalah pilihan lebih baik.

7. Elakkan memanaskan makanan berulang-ulang kali kali.

8. Jika anda menggoreng, elakkan menggunakan suhu yang tinggi sehingga minyak berasap. Pada tahap itu, minyak telah mencapai ‘smoking point’. Ia mengubah struktur minyak menjadi transfat dan prokeradangan dan makanan juga mempunyai lebih banyak acryilamide.

Artikel berkaitan: Dakwaan biskut jenama tempatan mengandungi bahan berbahaya, ini penjelasan KKM

Iklan

Oleh itu, memang benar bahawa mustahil untuk kita menghalang pembentukan acrylamide dalam makanan yang diambil.

Namun, dengan beberapa kaedah yang disarankan itu sekurang-kurangnya ia boleh dikurangkan.

Semoga bermanfaat!

Foto Twitter MalaysianFood

Jangan lupa follow kami di Instagram!