PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April.  Ini bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan orang ramai keluar rumah selama 14 hari.

Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Rata-rata warganet menyambut baik tindakan dan usaha yang dilakukan pihak kerajaan kerana mendengar keluh resah rakyat terhadap apa yang berlaku hari ini.

Pelbagai reaksi, status dan komen ditulis di ruang Facebook masing-masing setelah keputusan itu dibuat. Ada yang menyokong dan ada juga pihak yang membidas usaha tersebut.

Solomon berkata langkah kerajaan itu akan mengakibatkan kehilangan dividen terkumpul dan dividen tahunan dalam jangka panjang. Masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing. Sinar Plus harap bagi yang akan mengambil tindakan mengeluarkan akaun simpanan tersebut gunakanlah sebijaknya. Setiap orang pasti ada ‘cerita’ nya yang tersendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera. Sama-sama kita doakan agar wabak ini akan segera menemui penawar dan dunia kembali bebas dari jangkitan virus yang bergelar Covid-19!

Bagi yang menyokong usaha kerajaan ini, langkah itu dikatakan wajar kerana ia akan membantu golongan yang terjejas teruk pendapatan mereka kerana tidak dapat bekerja ketika langkah PKP ini dilaksanakan.

Antara komen yang ditulis oleh Mohd Jelas, “KWSP dikeluarkan ketika amat diperlukan bukan disimpan untuk hari tua kerana pencarum bukan tahu bila dia akan mati.

“Terima kasih kerajaan membantu golongan yang layak dan terdesak memerlukannya ketika ini” tulisnya.

Sementara itu, Mohd Yusree pula pendapat pengeluaran akauan KWSP adalah secara sukarela dan tiada paksaan.

“Yang bising sebab kerajaan bagi keluar KWSP tu ada masalah hati sebenarnya. Tiada paksaan pun. Memang itu simpanan hari tua, tapi kau yakin ke sempat guna duit itu ketika umur 50 dan 55 tahun nanti?

“Kalau panjang umur bolehlah. Apa salah guna waktu terdesak masam ni? Lagi pun bukan keluar habis, RM500 sebulan dari akaun dua dan maksima 12 bulan sahaja,” tulisnya.

Apa yang boleh dibuat jika keluarkan duit KWSP

Majilas Hussin pula berpendapat. “Tiada paksaan kalau wallet mampun bertahan selama tempoh  lockdown ni…tak payah keluarkan tapi kalau anak dah merengek kelaparan buatlah cara jalan terakhir ini untuk melangsungkan kehidupan harian.

“Orang yang mempertikaikan adalah ahli politik yang kecewa,” tulisnya diruangan komen page Sinar Harian.

Secara kesimpulannya, ramai yang berpendapat wang yang dibawa keluar itu oleh digunakan untuk keperluan utama seperti:

  1. Membeli barangan dapur

Perkara paling utama ketika ini adalah membeli barangan dapur. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan.

Solomon berkata langkah kerajaan itu akan mengakibatkan kehilangan dividen terkumpul dan dividen tahunan dalam jangka panjang. Masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing. Sinar Plus harap bagi yang akan mengambil tindakan mengeluarkan akaun simpanan tersebut gunakanlah sebijaknya. Setiap orang pasti ada ‘cerita’ nya yang tersendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera. Sama-sama kita doakan agar wabak ini akan segera menemui penawar dan dunia kembali bebas dari jangkitan virus yang bergelar Covid-19!

Paling utama ialah beras sebab itu makanan ruji kita. Dengan RM500 sebulan mungkin anda boleh hadkan RM200-RM300 untuk barangan dapur basah dan juga kering.

Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta.

Iklan

Gunakan duit yang ada sebaik mungkin dan jangan boros!

  1. Membayar sewa rumah

Jika anda seorang penyewa, anda juga tidak boleh bertangguh-tangguh bayaran sewa, sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran di bank setiap bulan.

Jadi kan peluang yang diberi pihak kerajaan ini sebagai langkah baik untuk anda mengurangkan bebanan bulanan dengan menasingkan sebahagian duit yang dikeluarkan di KWSP untuk membayar sewa rumah.

  1. Membayar bil elektrik, bil air

Utiliti bil adalah perkara penting yang perlu dijelaskan setiap bulan. Mungkin juga bil elektrik dan air akan naik mendadak disebabkan anda terpaksa duduk dirumah sepanjang tempoh PKP ini.

Tambahan pula ada yang terpaksa bekerja dari rumah. Sudah pastinya komputer perlu digunakan setidak-tidaknya lapan hingga sepuluh jam sehari.

Jadi, setidaknya duit pengeluaran KWSP anda juga mampu membantu anda mengurangkan bebanan bil.

Iklan

Namun demikan, Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) membidas keputusan Perdana Menteri untuk membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang simpanan akaun masing-masing.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, pengumuman itu mengejutkan pihaknya kerana langkah itu akan mengurangkan simpanan jangka panjang mereka.

“Ketika kita meminta kerajaan menyuntik dana untuk membantu berjuta-juta pekerja di negara ini yang terjejas secara langsung oleh kesan Covid-19, ia sebaliknya memaksa pekerja mengeluarkan wang daripada dana simpanan yang bertujuan untuk simpanan usia tua,” katanya.

Solomon berkata langkah kerajaan itu akan mengakibatkan kehilangan dividen terkumpul dan dividen tahunan dalam jangka panjang.

Masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing. Sinar Plus harap bagi yang akan mengambil tindakan mengeluarkan akaun simpanan tersebut gunakanlah sebijaknya.

Setiap orang pasti ada ‘cerita’ nya yang tersendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera. Sama-sama kita doakan agar wabak ini akan segera menemui penawar dan dunia kembali bebas dari jangkitan virus yang bergelar Covid-19!