SEORANG wanita yang gambarnya tular di laman sosial kerana memakai gelang berwarna merah jambu di sebuah kedai mamak, di sekitar Ipoh, Perak, bukan individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 seperti apa yang didakwa oleh warganet.

Memetik sumber laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan polis mendapati gelang yang dipakai wanita itu adalah gelang untuk memasuki taman tema Lost World Of Tambun yang terletak di tengah banda raya Ipoh.

Asalkan gelang pink, dah mampu bikin warganet gelabah

“Ia adalah salah faham sahaja. Itu gelang untuk memasuki Lost World of Tambun,” katanya ketika dihubungi media.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga kedai makan yang terletak di Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fairpark di sini, kira-kira pukul 12.22 tengah hari tadi, bagi menafikan dakwaan berhubung gambar tular berkenaan.

Katanya laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam oleh pengadu berusia 46 tahun itu supaya pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang penularan gambar berkenaan akan menjejaskan perniagaan dan imej kedai makan terbabit.

Asalkan gelang pink, dah mampu bikin warganet gelabah

Bagaimana pun insiden yang terjadi ini adalah tanda orang ramai kini semakin peka dengan situasi yang sedang berlaku hari ini.

Iklan

Mana kan tidak, daerah yang sama juga pernah dilaporkan terjadi perkara yang sama yang mana ‘makcik gelang pink’ pernah tular di media sosial kerana dilaporkan melanggar arahan kuarantin.

Pastinya kejadian tersebut masih terkesan oleh orang ramai sehinggakan kini, asalkan nampak jer gelang warna pink masing-masing dan gelabah. Ingatkan gelang yang dipakai oleh individu di bawah pengawasan (PUS), rupa-rupanya gelang pas masuk taman tema jer.

Namun, perkara itu dilihat bukanlah sesuatu yang buruk kerana mencegah itu juga lebih baik dari merawat, cuma kaji selidik terlebih dahulu. Jangan semberono tularkan perkara yang belum pasti kesahihannya.

Iklan

Risau pula nanti ada yang panik tak pasal-pasal pihak yang terlibat seperti pengusaha restoran pula yang tanggung kerugian akibat pelanggan hilang takut dijangkiti. Tak ke menyusahkan ramai pihak tu?

Selidik dulu yer. Tak pasti jangan kongsi!