Asalnya hanya jangkiti monyet di Afrika, ini cara cacar monyet menular dan cara mengelakkannya

A
A
A

COVID-19 masih menular dan masih belum reda, kini timbul pula cacar monyet. Penyakit yang jarang berlaku itu kian menular di Eropah.

Dari mana munculnya cacar ini? Cacar monyet pertama kali ditemui pada tahun 1958 apabila dua wabak penyakit seperti cacar berlaku di koloni monyet yang disimpan untuk penyelidikan.

Oleh itu, ia dinamakan 'cacar monyet.' Kes pertama manusia dijangkiti cacar monyet direkodkan pada tahun 1970 di Republik Demokratik Congo.

Baca juga: KKM tak galak serbuk kunyit, daun semambu, ini perlu buat jika terkena HFMD

Sejak itu cacar monyet dilaporkan menjangkiti manusia di negara-negara Afrika tengah dan barat yang lain seperti Cameroon, Republik Afrika Tengah, Côte d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Gabon, Liberia, Nigeria, Republik Congo dan Sierra Leone.

Bagaimanapun, majoriti jangkitan adalah di Republik Demokratik Congo.

Menurut Pertubukan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak  itu pertama kali dikesan di luar Afrika iaitu di Amerika Syarikat pada tahun 2003. Ia dikaitkan dengan anjing peliharaan yang dijangkiti dan diimport dari Ghana.

Wabak berkenaan kemudian membawa kepada lebih 70 kes cacar monyet di AS. Ia juga telah dilaporkan dalam pengembara dari Nigeria pada September 2018, United Kingdom pada September 2018, Disember 2019, Mei 2021 dan Mei 2022, ke Singapura pada Mei 2019, dan Amerika Syarikat pada Julai dan November 2021.

Pada Mei 2022, beberapa kes cacar monyet telah dikenal pasti di beberapa negara bukan endemik.

Cacar ini boleh disebarkan apabila seseorang bersentuhan dengan haiwan, manusia atau bahan yang terdedah kepada virus itu.

Virus tersebut memasuki badan melalui kulit yang pecah (walaupun tidak kelihatan), saluran pernafasan atau membran mukus (mata, hidung, atau mulut).

Baca juga: “Jangan cium bayiku” - Wanita letak ‘notis’ pada dahi anak raih perhatian warga maya

Cacar monyet tergolong dalam keluarga virus Poxviridae termasuk cacar.

Pada manusia, gejala cacar monyet adalah serupa tetapi lebih ringan daripada gejala cacar.

Cacar monyet bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

Perbezaan utama antara gejala cacar, cacar monyet ialah cacar monyet menyebabkan nodus limfa membengkak (limfadenopati).

Tempoh inkubasi (tempoh masa jangkitan kepada gejala) untuk cacar monyet biasanya tujuh hingga 14 hari tetapi ia juga boleh berlaku dalam tempoh lima hingga 21 hari.

Simptom cacar air adalah seperti berikut:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Sakit belakang
  • Nodus limfa bengkak
  • Menggigil
  • Keletihan

Dalam tempoh satu hingga tiga hari (atau ebih lama) selepas munculnya demam, pesakit mengalami ruam. Ia selalunya bermula pada muka sebelum merebak ke bahagian lain badan.

Cacar monyet biasanya berlangsung selama dua hingga empat minggu.

Di Afrika, cacar monyet telah terbukti menyebabkan kematian sebanyak satu daripada 10 individu yang dijangkiti.

Menurut WHO, sehingga Sabtu, 92 kes disahkan. 28 kes disyaki cacar monyet telah dilaporkan dari 12 negara anggota yang bukan endemik virus itu.

Walaupun tiada lagi jangkitan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan situasi penularan wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengembara yang tiba di negara ini dari kawasan terdapat jangkitan cacar monyet juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

“KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian cacar monyet di Afrika Tengah dan Afrika Barat serta negara-negara yang sedang mengalami wabak penyakit ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Mereka perlu mengekalkan kebersihan diri yang tinggi, termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor dan mengelakkan daripada sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia mahupun haiwan, serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes.

“Selain itu, mereka perlu mengelakkan daripada bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingnya,” katanya.

Walaupun ia tidak perlu dibimbangkan, jangan lupa untuk sentiasa berwaspada dan melakukan saranan KKM terutama bagi pengembara.

 

Sama-samalah kita beringat dan menjauhi situasi berisiko kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Baca juga: Awas jangan tertipu! Ikan nampak segar mungkin diawet guna formalin

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca