Awas! 2 mi segera dorong kanser limfoma & leukemia, 10 fakta anda perlu tahu

MI segera sajian yang sering menggoda selera. Hadir dengan pelbagai perisa, mi segera selalu jadi pilihan penggemarnya kerana mudah disediakan dan lebih ’ekonomi’.

Kepada pencinta mi segera, hati-hati dalam memilihnya untuk mengelakkan terdedah kepada risiko kanser. Public Health Malaysia mendedahkan dua jenis mi segera yang mendorong penyakit kanser.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Berikut 10 info berkenaannya anda perlu tahu:

1-Menurut Jabatan Kesihatan Taipei, mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan tersebut.

2-Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera tersebut ialah:

Kredit foto: Bernama

i) Mi segera dari Malaysia.

ii) Mi segera buatan Indonesia.

3-Ia mengandungi etilena oksida iaitu sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

4-Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, bahan karsinogenik itu juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata.

5-Ia malah berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran dan keturunan.

Baca juga: Isteri hidang mi segera setiap hari dicerai, ini risiko kesihatan lain

Baca juga: Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

6-Peruncit di mana sampel mi segera berkenaan diambil telah diarahkan untuk menarik balik jualan kedua-dua produk terbabit.

7-Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.

Iklan

8-Untuk pengetahuan anda, leukemia ialah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang.

mi segera
Gambar fail

9-Manakala limfoma pula ialah kanser berkaitan dengan sejenis sel iaitu limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi.

10-Kanser limfoma berlaku apabila sel-sel ini mengalami perubahan tingkah laku seperti tumbuh dan berkembang dengan tidak terkawal. Perubahan dinamakan ‘malignant transformation’ itu menyebabkan pengumpulan sel yang luar biasa, pembengkakan kelenjar limfa dan seterusnya merebak kepada organ sekeliling dan tisu otak, usus, tulang, paru-paru serta sum sum tulang. Ia menyebabkan fungsi organ–organ penting terganggu dan kemerosotan tahap kesihatan pesakit yang akhirnya boleh membawa maut jika tidak dirawat dari awal.

Sama-samalah kita berwaspada!

Iklan

Baca juga: Makan mi segera, tidur di kaki lima, mandi di tandas : Nasib rakyat Malaysia di Singapura

Sumber : BERNAMA-CN via Public Health Malaysia, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.