Awas! Tipu sijil vaksin denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara menanti

A
A
A

SETELAH lebih tiga bulan negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0 bermula Jun lalu, kini kerajaan

telah memberikan beberapa kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Antaranya, kebenaran merentas daerah dan melancong dalam negeri yang sama dengan melibatkan penginapan di hotel serta homestay, dine-in di kedai kedai makan, aktiviti sukan, riadah dan rekreasi serta lain-lain lagi.

Pun begitu, terdapat juga individu yang ingkar menggunakan sijil digital vaksinasi palsu mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti yang dibenarkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun awas! Bagi mana-mana individu yang bertindak sedemikan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said memberitahu Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen semalam, hukuman tersebut boleh dikenakan kepada individu didapati bersalah memalsukan sijil vaksin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas - Setiu), yang mahukan

penjelasan mengenai jumlah individu yang telah dikenakan tindakan atas kesalahan memalsukan sijil digital

vaksin.

Sebelum itu, Shaharizukirnain turut meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin.

sijil vaksin

Dalam pada itu, seramai 10 individu telah dihadap ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil digital vaksin, setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, seorang individu di Sarawak didapati bersalah atas pertuduhan tersebut dan mengikut

pecahan negeri satu kes direkodkan di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) serta Sabah (dua).

Mengulas lanjut, Ismail berkata, mana-mana individu yang memalsukan sijil suntikan vaksin, tindakan undang-

undang boleh diambil di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Baca juga ‘Kes tutup’ – Akui keterlaluan isu video tular VIP solat Jumaat, Imam Masjid Putra mohon maaf

"Tindakan kompaun boleh dikenakan dengan serta-merta sekiranya mereka didapati bersalah bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, siasatan lanjut boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun keseksaan," katanya.

Justeru, elakkan diri daripada terjebak ke kancah pemalsuan dokumen. Ikutlah prosedur operasi standard (SOP)

yang sebetulnya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca