Ayuh pemberi maklumat tampil! NGO tawar RM20,000 hingga pembunuh Zayn Rayyan ditangkap

Ayuh pemberi maklumat tampil! NGO tawar RM20,000 hingga pembunuh Zayn Rayyan ditangkap
Ayuh pemberi maklumat tampil! NGO tawar RM20,000 hingga pembunuh Zayn Rayyan ditangkap
A
A
A

PENYIASATAN kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin masih berjalan sehingga ke hari ini.

Genap dua bulan selepas ditemui meninggal dunia pada 6 Disember lalu, hari ini menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran berkenaan diberikan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Baca juga:'Mommy bangga abang.' Zayn Rayyan terima anugerah peningkatan terbaik dalam kelas, ibu edit gambar graduasi undang sebak!

Baca juga: ‘Dia ‘pergi’ dengan baju kesukaannya.’ Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

Baca juga: ‘Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersedia menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan sehingga suspek ini dituduh dengan jayanya.

Kata Thaiveegan, wang ganjaran itu akan diberikan menerusi Polis Selangor.

Mengakui usah pihak polis menjalankan siasatan dalam kes berkenaan bukan satu perkara mudah, Thaiveegan berharap ganjaran berkenaan dapat membantu dalam ia diselesaikan.

Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan terhadap kes pembunuhan Zayn Rayyan dijalankan daripada pelbagai sudut dan aspek.

"Dalam kes ini, sebanyak 1,913 unit rumah diperiksa, 5,786 individu diambil keterangan, tangkapan melibatkan 17 individu selain rakaman percakapan melibatkan 243 individu.

"Selain itu, semakan turut melibatkan 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemeriksaan ke atas 216 kenderaan, 262 sampel asid deoksiribonukleik (DNA), penggunaan lapan ekor anjing unit K-9 dan bantuan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan," katanya.

Baca juga: ‘Dia tak pernah kacau orang’. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

Ujar Hussein, setakat ini siasatan dijalankan masih belum menemui satu bukti kukuh yang menjurus kepada mana-mana individu terlibat dalam kes berkenaan.

"Pelbagai aspek siasatan kita telah jalankan namun belum temui sebarang keterangan fizikal atau verbal yang boleh membawa kepada individu terlibat.

"Siasatan dijalankan lebih dua bulan berkaitan kes ini dan apa saya boleh katakan, polis tidak pernah berputus asa, sentiasa kita sentiasa teruskan," katanya.

Warga maya berharap dengan penawaran ganjaran, penyiasatan kes berkenaan berjalan lancar dan mendapat pembelaan sewajarnya.

- "Wahai Saksi kes Zayn Rayyan terutamanya penduduk sekitar, berikanlah maklumat. Setiap maklumat dirahsiakan, moga pelakunya segera diberkas".

- "Susahnya nak settle case ini, Ya ALLAH permudahkanlah."

- "Semoga siasatan tidak terhenti. Semoga dapat dicari jln penyelesaiannya dan dapat ditangkap yg melakukannya."

- "Sedihnya, harap sangat dapat tangkap pembunuhnya."

- "Semoga dipermudahkan urusan mu wahai anak syurga."

Baca juga: Genap sebulan pemergian Zayn Rayyan ibu titip rindu. ‘Semua tempat ada kenangan & momen indah’

Zayn Rayyan sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Si kecil berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Arwah dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditemui kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca