Ayuh pemilik ‘dashcam’ tampil! Lelaki tawar RM5,000 kepada yang miliki bukti pesalah langgar Muhammad Zaharif hingga maut

SEORANG lelaki bertindak menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000 kepada mana-mana saksi yang memiliki rakaman ‘dashcam’ bagi membuktikan pesalah melanggar seorang pelajar sekolah, Muhammad Zaharif sehingga maut di Meru, Ipoh, Perak Jumaat lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki dikenali Fahmi Huzairi itu berkata, beliau bersedia memberikan wang tunai tersebut kepada mana-mana saksi yang memiliki bukti dalam bentuk dashcam.

“Saya bagi komitmen sebanyak RM5,000 kepada mana-mana saksi yang ada dashcam yang boleh membuktikan pelaku Ativa putih memang bersalah melanggar mati pelajar sekolah tempoh hari.

“Jika ada rekod video tersebut yang jelas membuktikan ini adalah perbuatan bunuh, sila serahkan ia kepada keluarga mangsa,” ujarnya.

Baca juga Kematian tragis Zaharif, diseret hampir 5 meter angkara sikap panas baran. Ini kronologi meruntun hati

Tambahnya lagi, sekiranya video tersebut digunakan sebagai bukti dalam mahkamah, saksi berkenaan boleh menuntut wang daripadanya.

“Jika keluarga dan pihak peguam mangsa mengesahkan video tersebut membantu proses menegakkan keadilan untuk mangsa di mahkamah, bukti anda beri itu digunakan di mahkamah sehingga terbukti arwah dilanggar dengan niat bunuh, minta keluarga atau wakil peguam mereka menghubungi saya untuk claim ganjaran RM5,000,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen posting itu, rata-rata warga maya turut menyeru orang ramai membantu mengemukakan bukti yang kukuh bagi membantu siasatan.

Terdahulu, mangsa yang berusia 17 tahun maut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek berusia 44 tahun.

Iklan

Baca juga ‘Mommy, daddy dan adik akan selalu datang melawat abang’. Akui tak kuat hadapi kehilangan, titipan ibu Zayn Rayyan meruntun hati

Hasil bedah siasat dibuat, pihak polis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tampil mengingatkan orang ramai bahawa sebarang perkongsian gambar atau kandungan yang berkaitan kes kemalangan tersebut boleh dikenakan tindakan.

SKMM dalam kenyataannya turut memaklumkan tindakan undang-undang boleh dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan menekankan tentang kepentingan untuk menghormati mangsa dan keluarga, serta pada masa sama menunjukkan empati yang tinggi.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!