Ayuh! Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off kini dibuka

Ayuh! Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off kini dibuka
Ayuh! Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off kini dibuka
A
A
A

BARU-BARU ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan satu sidang media berkenaan

pengambilan khas Guru secara one-off.

Menurut pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin pada 20 Jun lalu, pengambilan itu

dilakukan secara one-off yang melibatkan kekosongan jawatan sebanyak 18,7022.

Kekosongan jawatan tersebut adalah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Justeru, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) telah

memaklumkan akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen.

SPP mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan PPP Gred

DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah KPM.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada

universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi

pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)

serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

SPP memaklumkan, pengambilan khas tersebut akan mengutamakan Graduan Pendidikan sama ada lepasan

universiti awam, swasta ataupun luar negara.

"Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah

pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh

Graduan Pendidikan.

"Sehubungan dengan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa

melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini

berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/hebahan.html) untuk

maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp.spp.gov.my/.

Permohonan dibuka bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).

Walau bagaimanapun, SPP memaklumkan bahawa laman sesawang rasmi SPP mengalami jumlah trafik yang sangat tinggi dan menyebabkan server mengalami gangguan capaian.

Pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang SPP dari semasa ke semasa.

gaji guru

Senarai opsyen yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

A) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:

1. BAHASA CINA (Semenanjung)

2. BAHASA IBAN (Sabah dan Sarawak)

3. BAHASA INGGERIS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

4. BAHASA KADAZAN / DUSUN (Sabah dan Sarawak)

5. BAHASA MELAYU (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

6. BAHASA SEMAI (Semenanjung)

7. BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

8. DINI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

9. GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

10. MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

11. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

12. PENDIDIKAN ISLAM (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

13. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

14. PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

15. PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

16. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

17. REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

18. REKA CIPTA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

19. SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

20. TAHFIZ (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

21. AGROINDUSTRI TANAMAN (Semenanjung dan Sabah)

22. AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (Semenanjung dan Sabah)

23. AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (Semenanjung dan Sabah)

24. AKUAKULTUR (Semenanjung dan Sabah)

25. BAKERI DAN PASTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

26. BIOTEKNOLOGI (Semenanjung)

27. FLORIKULTUR (Semenanjung)

28. HORTIKULTUR (Semenanjung)

29. INSURANS (Semenanjung)

30. KOSMETOLOGI (Semenanjung dan Sarawak)

31. PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN (Semenanjung)

34. PENGURUSAN PERUNCITAN (Semenanjung)

33. SENI KULINARI (Semenanjung dan Sarawak)

34. SENI REKA FESYEN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

35. SENIBINA LANDSKAP (Semenanjung)

36. TEKNOLOGI AUTOMOTIF (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

37. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

38. TEKNOLOGI ELEKTRONIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

39. TEKNOLOGI ENJIN MARIN (Semenanjung)

40. TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM) (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

41. TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (Semenanjung)

42. TEKNOLOGI PEMBINAAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

43. TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT (Semenanjung)

44. TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

45. TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA (Semenanjung dan Sarawak)

46. TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

gaji guru

B) Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:

1. BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

2. MATEMATIK (Semenanjung)

3. MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

4. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

5. PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung dan Sarawak)

Baca juga  Lebih setahun kosong, Ismail Sabri dilantik TPM. Ini portfolio beliau…

6. PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

7. PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

8. REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

9. SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

Jadi, jangan tunggu lagi! Bagi yang betul-betul berminat dalam bidang perguruan, kemukakan permohonan korang kerana peluang pengambilan one-off ini sangat keemasan.

Semoga berjaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca