Azmi Saat jawab persoalan netizen tentang siapa jaga bayinya. 'Kami bukan pasangan buta pertama berbuat demikian'

A
A
A

UMUM mengetahu vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan baru-baru ini.

Permata hati yang ditunggu-tunggu selama 12 tahun itu diberi nama nama Khalisa Insyirah itu kini berusia enam bulan.

"Antara soalan yang banyak ditanyakan pada kami tentang anak adalah siapa yang tolong jaga?

"Bila kami jawab kami berdua sahaja yang jaga sendiri, biasanya mereka akan terkejut. Mereka terfikir bagaimana keadaan saya dan isteri yang dua-duanya langsung tak boleh melihat menguruskan anak.

Baca ni Tahniah! Azmi Saat sambut bayi perempuan, isteri selamat bersalin anak kedua

azmi saat

"Memang betul. Saya dan isteri jaga Khalisa berdua sahaja. Malah kami bukanlah pasangan buta pertama yang berbuat demikian. Ramai lagi kawan-kawan senasib saya buat perkara yang sama walaupun kebanyakannya salah seorang dari pasangan boleh melihat sedikit," ujar Azmi.

Beliau berkongsi perkara berikut menerusi media sosial miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Azmi bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memang kuat semangatnya untuk menjaga anak mereka sendiri.

"Memang sejak awal perkahwinan kami ada yang sudah suarakan hal itu. Dia tak mahu seperti mereka yang tinggalkan anak di kampung dan ambil semula setelah pandai mengurus diri.

"Jujurnya memang ada risau juga. Terutamanya hal yang berkaitan keselamatan. Namun, kami serahkan semuanya pada Allah. Kami selalu saling mengingatkan agar baca bismillah sebelum buat apa sahaja. Mudah-mudahan Allah jauhkan dari hal yang tak dingini," ungkap lelaki berusia 37 tahun itu.

Baca juga Permataku, dedikasi istimewa Azmi Saat buat Khairul Afnan

azmi

Pada masa sama, Azmi juga terharu dengan keprihatinan ahli keluarga dan kawan-kawan yang selalu bertanya khabar.

"Walaupun kami boleh jaga sendiri bukan bermakna langsung tak perlukan penglihatan. Ada juga beberapa perkara yang kami minta orang lain untuk tolong seperti mencari semula pasangan baju dan seluar yang bercampur waktu dicuci dan tengokkan kalau-kalau ada ruam atau apa-apa pada badan Khalisa yang tak mampu dirasa dengan jari.

"Syukurnya, tak ada satu pun dari mereka yang mempersoalkan cara kami menjaga anak. Mereka hanya bantu apa yang kami perlu sahaja.

"6 Mei ini Alhamdulillah genap 6 bulan umur Khalisa. Bermula fasa baru untuk dia dan kami iaitu fasa nak bagi dia makan. Agak mencabar juga. Nak sediakan makanannya, nak menyuap dalam keadaan dia belum pun kenal erti makan dan nak pastikan dia betul-betul dapat makan dengan baik," ujar pemilik nama sebenar, Khairul Azmk Saat.

Baca lagi ‘Ada ketika nangis rindukan detik indah bersama anak’- Azmi Saat mohon doa buat isteri

azmi saat 1

Dedah beliau lagi, anaknya itu juga akan belajar berpisah memandangkan selepas ini, mereka akan menghantar Khalisa ke rumah pengasuh.

"Bulan Jun si ibu sudah kembali bekerja. Dah berapa kali dia suarakan kesedihan bila terpaksa menghantar Khalisa pada orang lain.

"Begitulah kawan-kawan. Hidup adalah prjuangan. Kita semua ada prjuangan masing-masing.

"Menang atau kalah adalah bermula dari impian. Bila ada impian barulah adanya kekuatan. Sama-sama kita berjuang dengan cara kita sendiri. Kita ada Allah yang akan sentiasa beri yang terbaik untuk hambaNya.

Baca lagi Hanya sempat bergelar bapa tiga hari, anak Azmi Saat meninggal dunia

khalisa

"Selalulah bersangka baik dengan Allah. Mudah-mudahan kita selalu dalam kasih-sayang-NYA," ujarnya lagi.

Terdahulu, pada September 2021, Azmi dan Nazira yang menunggu dikurniakan zuriat selama 10 tahun berdepan ujian apabila anak sulung mereka, Khairul Afnan meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan.

Sumber: Facebook Azmi Saat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang