SUAMI meninggal dunia, harta arwah diambil keluarga arwah? Senario ini seakan biasa terjadi antara balu si mati dan mentua yang kononnya telah mengikuti hukum faraid dalam menguruskan harta pusaka.

Peguam syarie Syazmee Sapian dari Syazmee Sapian & Associates berkongsi pengalamannya mengurus kes berkaitan harta pusaka melibatkan menantu dan mentua.

“Kesemuanya sama, mentua mahu terus faraid tetapi menantu mahukan harta sepencarian terlebih dahulu

“Apa yang dapat dilihat ada dua kategori iaitu mereka yang tiada pengetahuan tentang harta sepencarian tapi mahu mengetahui lanjut dan bertanya kepada yang tahu.

“Kedua, dia tiada pengetahuan. Tetapi apabila diberitahu, cuba untuk menafikannya,” kongsi Syazmee tentang situasi terkini berkaitan harta pusaka.

Baca juga:  Isu faraid, balu Allahyarham Abam Bocey puas hati keputusan mahkamah

Kredit foto : Freepik

Beliau juga berkongsi pengurusan harta si mati berdasarkan lima perkara mengikut urutan.

“Untuk urusan pusaka ada hirarki yang kita perlu patuhi supaya kita tidak berlaku zalim dan termakan hak orang lain.

1. Urusan jenazah si mati

2. Harta sepencarian si mati dan pasangan

3. Hutang si mati

4. Laksanakan wasiat hibah simati sekiranya ada

5. Faraid

Ini lima perkara yang perlu dituruti atau diperhalusi terlebih dahulu apabila menguruskan pusaka si mati,” maklumnya.

Meskipun pengurusan harta pusaka si mati perlu disegerakan, kata Syazmee waris terdekat tidak boleh sewenang-wenang melompat ‘step’ di atas tanpa menyelesaikan mana-mana ‘step’ yang perlu dilunaskan.

“Berkaitan harta sepencarian, saya percaya dalam kalangan yang muda sudah ramai yang tahu namun ia agak kurang pada yang berusia.

“Harta sepencarian ini adalah apa-apa harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan dan juga apa-apa harta yang diperoleh oleh salah satu pihak sebelum perkahwinan tetapi dimajukan oleh pihak satu lagi dalam tempoh perkahwinan.

“Kenapa perlu selesaikan dahulu harta sepencarian ini? Sebab tak semua harta si mati yang sudah berkahwin itu total hak miliknya.

“Pasti ada harta-harta tertentu atau boleh jadi semua harta peninggalan si mati itu ada hak pasangannya,” ujarnya.

Syazmee menambah, apabila sudah berkahwin, pasanganlah yang lebih mengetahui segala butir penting harta-harta dalam perkahwinan.

Baca juga: Garam, gula juga pusaka si mati, nak guna perlu minta kebenaran pewarisnya

Baca juga: Gembira adik beradik berjaya berniaga, tanda ibu bapa tidak akan susah, ini 5 rahsia orang Cina bina kekayaan

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

“Ada harta yang nama bersama, harta satu nama tapi join loan, harta si mati bayar bulanan tetapi wang deposit, kos renovasi rumah dan lain-lain adalah daripada pasangannya.

“Ada juga pasangan yang mana rumah mereka penama bersama tetapi pasangannya yang bayar semua.

“Jadi tidak adil kepada pasangan si mati andai berlaku sahaja kematian, terus sahaja nak faraid.

“Kita wajib untuk keluarkan dahulu bahagian pasangan si mati dan berikan dahulu hak mereka.

“Selepas ditolak harta sepencarian, baharulah boleh diteruskan kepada langkah seterusnya kerana baki harta tersebut bersih daripada bahagian pasangan si mati.

“Ambillah sekadar hak yang telah ditetapkan hukum dan undang-undang. Hidup akan berkat,” kongsi Syazmee.

Baca juga: Ini sebabnya kenapa kita perlu celik dengan ilmu faraid

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Justeru, harta sepencarian pasangan si mati hendaklah diselesaikan dahulu sebelum pembahagian harta secara faraid dibuat. Jangan pula ada ahli keluarga yang terburu-buru ya!

Baca juga: [VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Iklan

Baca juga: Harta peninggalan milik penuh anak lelaki, jangan abaikan hak anak yatim begitu berat hukumannya

Semoga bermanfaat!

Sumber: Syazmee Sapian

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!d