PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara malahan seluruh dunia pada ketika ini sudah mengubah pelbagai kebiasaan kita dalam menjalani kehidupan.

Dari aspek pendidikan, perniagaan, kesihatan, perubatan dan lain-lain semuanya sudah dicorakkan mengikut cara yang baharu.

Namun, dalam kita mengubah 360° gaya hidup dan aktiviti seharian dek kerana Covid-19 ini, jangan kita lupakan tentang kesan yang mungkin menimpa segolongan kecil masyarakat tetapi ia boleh memberi impak yang cukup besar.

Seperti gajet, sukar untuk kita menafikan bahawa gajet dan media sosial merupakan fokus utama dalam kalangan hampir semua anak muda zaman ini.

Tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita perlu duduk di rumah dan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti diluar.

Disebabkan oleh itu, kini Instagram, Twitter, TikTok mahupun Facebook sememangnya seakan menjadi peneman dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda sehingga ada yang dilihat seakan ketagih.

Bahaya sindrom munchausen! Terlalu obses dengan media sosial untuk raih perhatian, mungkin anda dijangkitiNamun, berdasarkan pemerhatian, penggunaan media sosial dalam kalangan mereka yang mengalami kemurungan sangat berbahaya.

Begitu juga dengan meletusnya banyak kes pembulian secara siber yang semakin dibimbangi di negara ini sejak kebelakangan ini.

Menurut Presiden International Association for Suicide Prevention, Prof Ella Arensmen, pembulian media sosial kini berada pada tahap melampau dan mendatangkan impak negatif yang besar.

Antaranya ialah mewujudkan penyakit-penyakit mental yang sebelum ini belum pernah dilaporkan.

Paling menakutkan, ramai dalam kalangan masyarakat tidak menyedari mereka juga terkena sindrom munchausen.

Bahaya sindrom munchausen! Terlalu obses dengan media sosial untuk raih perhatian, mungkin anda dijangkitiApa itu sindrom munchausen?

Iklan

Sindrom munchausen adalah gangguan mental yang dicirikan dengan penderitanya yang sering pura-pura sakit untuk mendapat perhatian.

Keadaan itu juga disebut ‘factitious disorder’ dan kini trend menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendapat perhatian semakin menjadi-jadi.

Penderita sindrom munchausen mendapatkan kepuasan tersendiri daripada simpati yang diraih jika mereka berpura-pura sakit.

Beberapa gejala dan tanda seseorang itu menghidap sindrom munchausen adalah:

Iklan
  • Mahukan orang lain melihat dirinya sakit.
  • Memalsukan rekod perubatan untuk menentukan penyakit.
  • Secara fizikal mencederakan diri untuk menyebabkan kecederaan untuk meraih perhatian.
  • Sengaja mereka-reka cerita dan lebih parah lagi berkongsi hal kematian walaupun tiada sebarang kematian yang dialami si pelaku.

Pun demikian, tiada kriteria yang spesifik (dalam bidang perubatan) bagi mendefinisikan masalah ketagihan media sosial sehingga menyebabkan seseorang itu menghidap sindrom munchausen.

Namun, secara umumnya, seseorang itu dikira bermasalah apabila:

  • Mengutamakan penggunaan media sosial berbanding urusan lain.
  • Hilang kawalan untuk mengurangkan penggunaan.
  • Berasa gelisah, tidak tenteram atau murung apabila tidak melihat telefon bimbit.
  • Menggunakan media sosial pada waktu-waktu tertentu.
  • Menggunakan media sosial untuk mengendalikan tekanan.

Jadi awas! Cegah sebelum parah! Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan : ms.reoveme.com