Bahaya tidur dalam kereta, kebocoran ekzos mampu membunuh kurang dari sejam
JIKA ada antara kita yang mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan dan aircond terpasang, ada baiknya tabiat itu dihentikan segera. Kenapa? Jom SinarPlus kongsikan
1. Kegagalan sistem ekzos
Sekiranya fungsi mekanikalnya tidak sampai ke tahap standard, potensi kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan boleh berlaku sementara seseorang itu tertidur.
Apabila itu terjadi, ia mampu mengurangkan tahap oksigen di dalam kereta. Jika seseorang sedang tidur dalam kereta, pastinya tanpa disedari ia boleh mengundang kematian kurang dari sejam.
2. Karbon monoksida meningkat
Perkara utama yang perlu diperhatikan ialah pengumpulan karbon monoksida (CO) yang boleh disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos itu.
Kegagalan fungsi sistem ekzos juga menyebabkan tertumpunya CO yang akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
Paras oksigen berkurang menyebabkan seseorang itu sesak nafas atau tentunya sukar untuk bernafas, sekali gus boleh menyebabkan seseorang itu lemas.
3. Penurunan paras oksigen dalam darah
Peningkatan tahap CO di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Darah yang membawa lebih banyak CO boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba atau kematian mengejut
(sudden death)
Jadi Awas! Memetik laporan portal kesihatan, myhealth.gov.my, secara saintifik larangan itu benar dan dibuktikan betul bahawa tidur di dalam kereta dalam keadaan tingkat yang tertutup rapat, sangat berisiko tinggi mampu membunuh.
Jika tingkap dibuka?
Satu lagi kesalahan yang umum dalam kalangan orang ramai ialah membuka tingkap kereta atas alasan bagi mewujudkan sistem pengudaraan yang mencukupi di dalam kereta.
Walaupun dengan tetingkap kereta terbuka, CO akan berkumpul di paras yang lebih rendah, menyebabkan tahap oksigen di dalam darah akan diturunkan. Seterusnya itu mengakibatkan kehilangan cecair badan dan air.
Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
Bagaimana CO mampu membunuh?
Apabila dihidu, CO meresap ke dalam saluran darah dan bergabung dengan hemoglobin, molekul yang berperanan membawa oksigen (O2) ke seluruh badan. Gabungan O2 dengan hemoglobin dipanggil oxyhaemoglobin dan CO dengan hemoglobin dipanggil carboxyhaemoglobin.
Menurut myhealth, jika kandungan CO dan O2 sama di dalam badan, hemoglobin lebih tertarik untuk bergabung dengan CO.
Apabila semakin banyak CO bergabung dengan hemoglobin, maka kandungan O2 dalam tisu badan berkurang yang menyebabkan seseorang itu boleh mati disebabkan oleh sesak nafas.
Berbeza dengan sesak nafas yang menyebabkan badan menjadi biru, keracunan CO menyebabkan badan merah atau merah jambu. Ini adalah simptom biasa keracunan CO yang membezakan ia daripada kes sesak nafas yang lain.
Antara masalah untuk mengesan keracunan CO adalah kerana gas CO tidak berwarna, tiada rasa dan bau serta tidak menyakitkan.
Kesukaran untuk mengesan keracunan CO menyebabkan mangsa tidak sedar dia sedang mengalami keracunan. 90 peratus simptomnya adalah rasa pening, letih, kabur pandangan yang kemudiannya membunuh mangsa secara senyap.
Oleh itu, hentikanlah tabiat tidur dalam kereta semasa enjin terpasang atau dengan tingkap yang terbuka kerana kedua-duanya mungkin boleh menyebabkan kematian. Hati-hati guys! Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang