Bakul sampah lama jangan dibuang. Wanita ini kongsi DIY buat pasu pokok hiasan. Jimat kos dan cantik!
ADA sesetengah barangan kita sayang nak buang.
Ia mungkin sudah rosak atau tidak lagi kelihatan cantik. Solusinya mudah, beri nafas baharu kepada produk tersebut dengan kaedah DIY supaya ia masih boleh terus digunakan.
Perkongsian seorang pengguna Instagram menggunakan nama siti_sab menjadi pilihan SinarPlus kali ini.
Wanita tersebut telah mengubah bakul sampah lama yang sudah rosak menjadi sebuah pasu pokok hiasan.Apa yang lebih menarik, bahan-bahan kitar semula yang digunakan beliau berjaya membuatkan bekas buruk itu kelihatan cantik di sudut rumah.
Ia juga hanya melibatkan kos yang rendah kerana menggunakan barangan terbuang sahaja.
Kaki dekor mesti akan suka dengan idea yang wanita tersebut.
Baca juga: Kreatifnya! Wanita ini kongsi cara DIY tempat gantung medal anak guna bahan terpakai
Berikut bahan-bahan yang diperlukan
Bakul sampah lama
Gabus bentuk bulat [ BELI DI SINI ]
Tikar buluh kecil
Skru [ BELI DI SINI ]
Gam [ BELI DI SINI ]
Plastik / buble wrap
Kain atau tudung
Pokok hiasan [ BELI DI SINI ]
Batu hiasan [ BELI DI SINI ]
Baca juga: Lelaki ini kongsi DIY pewangi rumah guna dua bahan jer. Bau harum, kos pun murah!
Cara penyediaan:
1. Bersihkan bakul sampah lama dengan kain.
2. Lekatkan gabus berbentuk bulat pada bahagian bawah bakul menggunakan skru. Boleh juga gunakan kotak sebagai pelapik bagi menggantikan gabus.
3. Gam tikar buluh kecil pada sekeliling bakul. Pastikan bahagian dalam juga digam dengan kemas.
Baca juga: Kreatif dan cantik. Wanita ini kongsi DIY hantaran puding laici macam orang dulu-dulu
4. Ambil kain atau tudung lama dan lekatkan dengan kemas pada bahagian atas pasu. Boleh gunakan warna putih untuk menyerlahkan lagi pasu DIY yang dihasilkan.
5. Masukkan plastik atau bubble wrap untuk meninggikan pokok hiasan.
6. Letak pokok hiasan pilihan di tengah pasu.
7. Tutup dengan batu hiasan.
8. Pasu pokok hiasan yang telah siap boleh diletakkan pada sudut rumah.
Hanya dengan sedikit kreativiti dan kerajinan, guna bahan terbuang pun boleh buat rumah kelihatan cantik.
Selamat mencuba semua!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang