Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!
Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh
MENJELANG 1 Syawal, tak lama lagi ramai yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Kenderaan berpusu-pusu memenuhi lebuh raya menuju destinasi yang dituju.
Dalam keterujaan untuk bertemu orang tersayang, sebagai pemandu, mustahak untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan.
Antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah pemandu yang memandu dalam keadaan penat dan mengantuk.
Kepenatan akibat tidur yang tidak mencukupi atau sleep deprivation adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor sosial, faktor persekitaran, faktor pekerjaan dan faktor kesihatan.
Memandu kenderaan dalam keadaan yang penat meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Kepenatan yang ketara boleh membuatkan kita leka atau kurang sedar apa yang berlaku di jalan raya.
Ia juga mengurangkan keupayaan kita untuk bertindak balas dengan cepat dan selamat sekiranya menghadapi situasi yang berbahaya di jalan raya.
Anda disarankan melakukan perkara seperti berikut:
1-Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulang kali, meningkatkan kelajuan tidak akan menyebabkan anda lebih alert.
2-Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria anda mula tidak responsif.
3-Microsleep terjadi tanpa amaran. Apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
4-Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak dan terjadi risiko kekejangan.
5-Untuk mencegah tragedi ngeri akibat microsleep, anda disarankan agar:
a)Berhenti di tempat yang selamat
b)Lakukan Power Nap sekurang kurangnya lima hingga 20 minit
c)Berhenti rehat setiap dua jam perjalanan
d)Tukar pemandu dan tolong percaya kepada pasangan atau orang lain untuk mengganti tempat anda sebagai pemandu.
Selain itu, bagi anda yang bakal memandu untuk pulang ke kampung dalam jarak jauh memilih waktu sesuai.
Menurut Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memandu pada waktu di antara pukul 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.
Menurut Louis, tempoh tersebut merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah microsleep.
Dalam perjalanan ke kampung halaman, adalah penting untuk kita mengambil langkah keselamatan yang wajar di ambil oleh semua pihak seperti yang di sarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti berikut:
1. Menjaga had kelajuan kenderaan
2. Menggunakan tali pinggang keselamatan
3. Jangan minum minuman beralkohol
4. Gunakan tempat keselamatan kanak-kanak
5. Patuhi undang undang jalan raya
Semoga selamat sampai!
Sumber: Astro Awani, Public Health Malaysia
Kredit foto utama: Freepik
https://www.freepik.com/free-photo/asian-woman-napping-car-during-roadtrip_4513436.htm#query=asian%20driving%20sleepi&position=2&from_view=search&track=ais
https://www.freepik.com/free-photo/car-asphalt-road-summer_1175797.htm#query=driving%20to%20hometown&position=23&from_view=search&track=ais
https://www.freepik.com/free-photo/young-muslim-woman-sitting-her-car-looking-into-mirror_15037787.htm#query=hijab%20woman%20driving&position=9&from_view=search&track=ais
https://www.freepik.com/free-photo/muslim-woman-talking-phone-her-car_15037764.htm#page=2&query=yawning%20driving&position=38&from_view=search&track=ais
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang