Berikut bekalan ubat-ubatan yang perlu dimasukkan dalam checklist sebelum balik kampung. Bukan baju raya saja ya!

HARI raya tinggal beberapa hari saja lagi.

Anak-anak perantau pastinya tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.

Dengarnya sudah ada yang akan memulakan perjalanan balik kampung hari ini. Betul ke?

Tak kisahlah awal ke lewat, janji dapat jejakkan kaki ke kampung.

Pun demikian, nasihat kami, pastikan barang keperluan yang penting tidak dilupakan.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Bukan sahaja baju raya, kuih raya, hadiah untuk mak dan ayah atau adik-adik, ada satu benda yang perlu anda bawa sekali.

Tidak lain tidak bukan ialah ubat-ubatan. Itulah yang selalu dilupakan.

Kena ingat, masa raya, kebanyakan klinik akan tutup untuk beberapa hari. Doktor dan jururawat pun nak beraya jua.

Baca juga: Musim orang batuk, ini 14 produk ubat batuk di Malaysia dibatalkan pendaftaran mengandungi pholcodine

Baca juga: Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan

SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

Dalam satu perkongsian pengguna TikTok yang dikenali sebagai Dr Hajar, beliau berkongsi panduan berhubung ubat yang patut ada di rumah atau dibawa pulang ke kampung untuk kegunaan sekiranya berlaku kecemasan.

Ujar doktor dari Klinik Syed Badaruddin, Chukai, Terengganu itu, pada lebaran saat berkumpul beramai-ramai dan dijamu dengan pelbagai juadah raya, kita akan mudah terdedah dengan pelbagai jangkitan atau penyakit.

“Antaranya seperti common cold, demam virus, asma, lelah, masalah usus seperti cirit-birit, gastrik, loya dan muntah,” katanya.

SUMBER Gustavo Fring daripada PEXELS.

Tambah Dr Hajar, orang ramai juga berkemungkinan mengalami alahan seperti resdung, sinus dan juga alergi kulit.

Jenis ubatan

Dalam video yang sama, beliau mengesyorkan beberapa bekalan ubat diberi perhatian. Antaranya:

1) Ubat demam atau boleh juga diambil sekiranya sakit urat seperti parasetamol.

2) Ubat selesema dalam bentuk cecair untuk kanak-kanak atau jenis tablet untuk dewasa seperti dexchlorpheniramine, polarine dan polarax.

3) Ubat batuk dalam bentuk cecair atau pil (sebagai contoh ambroxol, bromhexine, diphen dan dipheniramine)

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

4) Ubat sakit tekak menggunakan pelbagai jenis lozeng.

5) Alergi resdung (ubat antihistamine seperti cetirizine, loratadine)

6) Gatal kulit (boleh menggunakan chloramine dan antamin)

Iklan

7) Gatal kulit untuk kanak-kanak (citrizine).

8) Radang pada kulit atau paru-paru. Boleh menggunakan ubat steroid seperti prednisolone.

9) Pesakit yang ada alahan asma. Pesakit biasanya boleh pakai alat sedut seperti salbutamal, symbicort dan ventolin.

SUMBER Pixabay daripada PIXELS.

10) Masalah usus terutamanya gastrik (ubat sirap Mist Magnesium Trisilicate)

11) Cirit-birit. Boleh pakai air garam, charcoal atau lomotil.

12) Ubat tahan muntah. Antaranya seperti metoclopramide.

13) Sakit perut (ubat buscopan).

14) Alergi pada kulit. Beberapa krim sapuan boleh digunakan.

Iklan
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Bagaimanapun, anda semua disarankan untuk mengambil ubat tersebut sekiranya perlu sahaja.

Paling baik, dapatkan saranan daripada doktor terlebih dulu atau sememangnya ubatan yang dimakan sudah dipreskripkan terlebih dulu.

Jangan ambil sembarangan pula.

Hati-hati pulang ke kampung ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.