SEPERTI manusia biasa, ada masanya si kucing juga akan berdepan dengan masalah kesihatan seperti sakit-sakit dan demam juga. Apa pun, kadang dengan sedikit ‘sentuhan’ kita pun mampu membantu si meow ini.

Boleh usaha sendiri tanpa terus ke klinik veterinar yang kadangkala boleh tahan kosnya kan… Pada yang nak cuba bantu dulu haiwan kesayangan masing-masing, bolehlah gunapakai petua ini.

Anugerah alam di sekeliling kita memang banyak gunanya. Macam petua kali ini, guna rumput pun boleh. Mana tahu berkesan.

Pernah viral

Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula.

Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.

Kalau ada kucing yang sakit parvo, selesema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut.

Kucing yang hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.

Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh di celah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:

1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.

2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.

3️⃣ Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.

Iklan

4️⃣ Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.

5️⃣ Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

Iklan

Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.

Kredit: Boby Cat Shop

***Nasihat SinarPlus, jika petua sudah dicuba namun belum menampakkan kesan, bolehlah dibawa meow itu untuk pemeriksaan oleh doktor veterinar bagi mengetahui masalah si comel dengan lebih lanjut.