Bantuan khas Aidilfitri, penjawat awam Selangor raih setengah bulan gaji

No Image Caption
A
A
A

UNTUNGNYA penjawat awam di Selangor!

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.

BKK tersebut akan dibayar pada 19 Mei depan.

Menteri Besar , Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK berkenaan turut diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.

Apa yang menyebabkan ia bertambah menarik, menurut beliau, kerajaan negeri juga bersetuju agar pembayaran BKK dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat (MPKK), pegawai perhubungan kampung baru/ bagan/ tersusun, ketua komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) sebanyak RM1,000 dan Penggerak Belia Selangor sebanyak RM500 yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Mahabbah Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor, hari ini.

Kata Amirudin lagi, pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Selain itu katanya, setiausaha MPKK dan petugas masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui program tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri.

Ambil bantuan orang susah

Media tempatan melaporkan, dalam perkembangan lain, Amirudin berkata sehingga 15 April lepas, kerajaan negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM853.31 juta atau 38.79 peratus daripada anggaran hasil bagi 2021 sebanyak RM 2.20 bilion, penurunan sebanyak 19.39 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Terdahulu, penjawat awam seluruh negara turut mendapat 'imbuhan' apabila semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kira-kira dua juta bakal menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 yang merangkumi semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Baca juga Berita gembira buat penjawat awam. PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri RM500

Muhyiddin turut menyatakan pemberian bantuan khas itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Manakala golongan pesara kerajaan pula bakal menerima bantuan berjumlah RM250.

Pemberian tersebut juga adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Tahniah kepada semua! Teruslah kita amalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kembali meningkat di negara kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca