Bantuan Warga Emas RM500, berikut cara memohon

A
A
A

SITUASI pandemik tidak dinafikan ia memberi cabaran terhadap kesihatan serta kebajikan semua, lebih-lebih lagi kelompok warga emas.

Skim Bantuan Warga Emas boleh meringankan beban bagi warga emas yang terkesan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Ia terdahulu telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu.

Kadar bantuan Bantuan Warga Emas dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan Warga Emas  ini yang diuruskan oleh pihak JKM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Warga emas yang ingin memohon bantuan berkenaan harus memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon mesntilah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; DAN
  4. Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Baca juga “Terbaik Abang Polis” – Polis Trafik Kendong Warga Emas Pengsan Tepi Jalan, Warganet Tersentuh

Perlu diketahui bahawa pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Difahamkan setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Menurut JKM, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Semoga dengan adanya skim bantuan seumpama ini golongan warga emas yang disasarkan dapat menjalani hidup dengan sejahtera.

Sumber: wwww.jkm.gov.my, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca