KES tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 menjadi perhatian ramai.

Masakan tidak, sedang negara merayakan Aidilfitri, pengawal peribadi wanita dikenali sebagai Farah Md Isa atau Farah Cie parah ditembak sang suami.

Dicekup selepas diburu selama lebih 24 jam, suspek dikenali sebagai Hafizul Hawari, 38, tular di laman sosial.

Semenjak insiden 1.15 pagi Ahad berkenaan ‘meledak’, warga maya secara tidak langsung mendapati pasangan itu membuat hantaran yang cukup manis biarpun didakwa sedang di ambang penceraian.

Baca juga: Kronologi insiden tembak pengawal peribadi di KLIA, isteri suspek masih trauma. ‘Doakan kesembuhan Along’

Baca juga: Suspek kes tembak KLIA dicekup di Kota Bharu bersama pistol, polis sahkan kejadian bermotifkan hal peribadi, 10 info berkaitan

TikToker yang banyak mengulas kes jenayah dikenali sebagai Faizal Murad berkongsi peringatan buat wanita berhati-hati memilih pasangan terutama lelaki psiko agar perkara yang menimpa isteri suspek dan pengawal peribadinya dapat dihindari.

Menerusi akaun Facebook Farah Cie Alharamain, lelaki itu mendapati pasangan berkenaan tampak bahagia.

“Jika meneliti akaun tersebut banyak hantaran menunjukkan mereka sweet and loving couple. Banyak video-video dan gambar di Makkah.

Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok

“Saya keep scrolling kerana ingin tahu kenapa dalam tempoh sangat singkat lelaki itu boleh berubah menjadi ganas hingga sanggup cuba menembak isterinya.

“Memang nampak nothing wrong,” katanya.

Faizal turut menunjukkan beberapa hantaran yang memaparkan mangsa dan suspek berbuka puasa di Makkah,melawati Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan membuat permohonan visa.

Bahkan sebuah hantaran yang dibuat beberapa jam sebelum suspek ditangkap. Sebuah video bertarikh 24 Januari 2024 dimuat naik menerusi akaun berkenaan menunjukkan suami isteri itu hendak menunaikan solat di dalam sebuah bilik.

“Hari ini pula, tiba-tiba ada satu hantaran dimuat naik menerusi akaun tersebut yang menunjukkan mereka sweet couple.Timbul persoalan bagaimana video berkenaan dimuat naik sedangkan si isteri sudah hampir ditembak suami sendiri.

“Saya mencari dan akhirnya mendapat jawapan. Rupannya akaun Facebook isteri suspek Farah Cie Alharamain telah digodam oleh seseorang sejak 19 Februari 2024.

“Maksudnya ada orang lain post. Siapa sebenarnya yang hack akaun itu hingga tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku?” ulas Faizal.

Berkongsi tangkap layar pengakuan isteri suspek bahawa akaun berkenaan digodam. Beliau juga menunjukkan suspek telah memberi komen pada hantaran-hantaran berkenaan namun semuanya seolah-olah dipercayai telah dibalas oleh dirinya sendiri.

“Jika benarlah akaun ini digodam oleh suspek, memang ia sangat psiko.

“Malah rata-rata warga maya meninggalkan komen mengatakan lelaki berkenaan psiko dan menyeramkan,” katanya.

Tangkap layar hantaran Facebook rasmi isteri suspek mengatakan Facebook Farah Cie Al Haramain telah digodam

Dalam pada itu, Faizal mengingatkan wanita agar berhati-hati, terutama yang ‘memiliki’ lelaki psiko sebagai teman atau pasangan yang telah menggodam akaun laman sosial agar bertindak.

Iklan

“Berjaga-jaga, buat laporan polis jika akaun laman sosial anda digodam.

“Mereka mungkin boleh melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti kes-kes sebelum ini,” ujarnya.

Warga maya bersetuju dengan pendapat Faizal dan berkongsi pengalaman. Ujar mereka:

– “Entahlah, just be careful dengan orang sekeliling. Kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita jangan percaya sangat, anything can happen!”

– “Ramai kawan-kawan aku di laman sosial romantik tetapi tiba-tiba bercerai. Siap pukul rupanya. Kadang-kadang gambar tidak seindah khabar.”

– “Hanya yang pernah mngalami sahaja faham. Bersuamikan lelaki psiko memang menakutkan. Sangat penat hidup ketakutan selepas ugutan demi ugutan. Allahuakbar.”

LANGKAH MELAPORKAN LAMAN SOSIAL DIGODAM

Buat maksiat lepas bertaubat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan pemilik akaun membuat laporan kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

1-Bagi kes penggodaman, orang ramai disaran membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan.

2-Siasatan ke atas aduan penggodaman adalah di bawah bidang kuasa PDRM dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

Iklan

3-Anda digalakkan untuk membuat laporan kepada pengendali laman blog atau web tersebut untuk memaklumkan perkara ini.

4-Kebanyakan laman-laman web menyediakan kemudahan membuat laporan penyalahgunaan termasuk untuk kesalahan penggodaman.

5-Antara langkah yang boleh dilakukan termasuklah memadam akaun terlibat atau disetkan semula kata laluan yang baru dan lebih selamat.

Sumber: Faizal Murad, SKMM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!