ISTERI suspek insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 meluahkan rasa terkejut dan trauma.

Wanita yang lebih dikenali sebagai Farah Md Isa atau Farah Cie mengakui masih trauma susulan kejadian yang menimpa pengawal peribadinya di dialaminya pada 1.15 pagi Ahad.

Farah menerusi hantaran di laman sosial Facebook turut berkongsi perkembangan mengenai keadaan pengawal peribadinya yang terkena tembakan dalam kejadian itu.

Baca juga: ‘Babah &mama ada di sini.’ Saksikan tragedi tembakan di Thailand, TMJ bina perisai lindungi keluarga

“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada awal pagi Isnin.

Farah turut berkongsi perkembangan pengawal peribadi beliau dikenali sebagai Along yang terkena tembakan dalam kejadian berkenaan.

Baca juga: 24 anak kecil, guru taska hamil maut, berikut kronologi kes amuk tragis bekas polis di Thailand

Baca juga: Kes serangan bersenjata api anggota PGA, ini yang perlu anda tahu

“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Aamiin,” titipnya.

Berikut adalah kronologi kejadian yang menggemparkan negara:

1-Video memaparkan situasi cemas tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 KLIA tular di laman sosial TikTok dan dan meminta orang ramai yang berada di sana supaya berhati-hati.

2-Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berlaku di1 pada 1.15 pagi melibatkan seorang lelaki tempatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah wanita yang merupakan isterinya.

3-Bagaimanapun satu daripada dua das tembakan tersebut mengenai orang awam lain dan suspek kemudiannya melarikan diri.

4-Hussein menolak kaitan insiden itu dengan isu pengganas, ekstremis mahupun gangguan awam, sebaliknya ia berkaitan perselisihan antara suami isteri.

5-Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Akta Senjata Api.

6-Farah dipercayai berada di lokasi ketika kejadian memuat naik hantaran di Facebook, mendakwa mangsa yang terkena tembakan adalah pengawal peribadinya.

7-Pihak polis melancarkan operasi mengesannya yang dipercayai telah melarikan diri ke (arah) Utara.

8-Hussein berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

9-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Harawi, 38, supaya memberi kerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.

10-Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen terdekat dan bersempadan dengan negara jiran gerakkan bagi mengesan suspek.

Iklan

11-Mohd Suhaily turut mendedahkan suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau termasuk ugutan jenayah dan mencuri serta menyamar sebagai penjawat awam.

12-Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian adalah disebabkan masalah peribadi antara lelaki terbabit dan isterinya yang dipercayai dalam peringkat awal kehamilan.

13-Mangsa yang ditembak pada jarak sekitar tiga ke empat meter (ditidurkan) sejurus keadaan kembali stabil dan pembedahan selanjutnya akan dijalankan. Beliau turut memaklumkan suspek dipercayai memperoleh pistol berkenaan secara haram.

Gambar hiasan

14 Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, senjata api berupa pistol semi automatik kaliber 9mm itu disyaki diperoleh dari negara jiran.

15-Isteri pengawal peribadi berkenaan, Siti Noraida, 28, berkata beliau bergegas ke Hospital Cyberjaya sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar 2 pagi.

16-Siti Noraida memaklumkan suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lalu.

17-Rakan sekerja mangsa, Mohd Affan Mohd Aris berkata Along tidak seharusnya bekerja semasa kejadian namun mengambil alih tugas rakan sekerja wanita yang mengambil cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Iklan

18-Mohd Affan mendedahkan Along sempat menghantar gambar badge (lencana) kerja pada 12.48 pagi dengan menulis ‘bertugas’ mengejut pada malam itu di dalam grup WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.

19-Farah menerusi Facebook peguamnya menasihatkan agar memaklumkan tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu.

20-Beliau memaklumkan suspek sedang diburu dan meminta pihak berkenaan merujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih.

Sumber: Bernama, Sinar Harian, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!