Baru tahu, kulit pisang pun banyak manfaatnya

No Image Caption
A
A
A

JIKA anda makan pisang atau buat cekodok pisang jangan dibuang kulit pisang itu. Banyak khasiat daripada kulit pisang ni. Ini Sinar Plus kongsikan.

1. Menghilangkan kutil

Kulit pisang ini boleh digunakan untuk membuang kutil. Caranya letakkan bahagian dalam kulit pisang pada kutil dan biarkan semalaman.

2. Menyembuhkan jerawat

Kulit pisang ini bersifat antibakteria yang berkesan dalam menyembuhkan jerawat bukan sahaja pada wajah malah jerawat badan juga. Di samping kulit pisang juga mampu mencegah daripada jerawat muncul semula. Caranya adalah gunakan bahagian dalam kulit pisang dan dan sapukan pada kulit berjerawat selama lima minit. Ini mampu meredakan dan mengeringkan jerawat.

3. Memutihkan gigi

Kulit pisang juga mampu memutihkan gigi. Caranya adalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi setiap hari selama satu minit. Gigi akan kelihatan putih secara semula jadi.

4. Mengatasi gigitan nyamuk

Jika kulit anda kemerahan disebabkan gigitan nyamuk, kulit pisang ini mampu meredakannya. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengurangkan rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Caranya letakkan bahagian dalam kulit pisang yang masih segar pada bahagian kulit yang digigit nyamuk.

Ini antara khasiat kulit pisang. Selepas ini jangan dibuang kulit pisang ini dan jadikannya sebagai bahan untuk merawat atau mencantikkan lagi diri anda.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: merdeka.com dan unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca