Batal solat sujud atas telekung sendiri, wanita wajib tahu kena ulang sembahyang

RUKUN sujud dalam solat merupakan rukun yang wajib supaya syarat sah solat itu menjadi lengkap.

Namun, sebagai seorang wanita anda pasti pernah mengalami situasi apabila kain telekung tiba-tiba terkena di kawasan anda melabuhkan dahi semasa sujud.

Untuk pengetahuan semua, melakukan sujud atas sesuatu yang bersambung dengannya dan menanggungnya dengan sengaja maka solatnya akan batal dan itulah yang berlaku apabila anda sujud atas telekung sendiri.

Oleh itu, solat tersebut perlu diulangi semula. Justeru, kita perlu memastikan dahi menyentuh tempat sujud dengan sempurna bagi menjamin kesempurnaan solat secara keseluruhannya.

Abdullah Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ على سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الجَبْهَةِ، وأَشارَ بيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ واليَدَيْنِ والرُّكْبَتَيْنِ، وأَطْرافِ القَدَمَيْنِ

Maksudnya: Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangganya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.- Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490).

Baca juga Solat laju, tamakninah ‘ke laut’ seolah mencuri, Ustazah Asma’ Harun senaraikan 6 rahsia sembahyang khusyuk

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung.

Jika anda meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujud solat adalah sah tetapi jika anda meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujud.

Ini adalah pandangan mazhab Syafie, Malik dan kebanyakan ahli ilmu.

Tujuh anggota sujud tersebut adalah;

Iklan
  • Dahi
  • Kedua-dua tapak tangan
  • Kedua-dua lutut
  • Kedua-dua tapak jari kaki

Oleh itu, sujud perlu dilakukan dengan sempurna agar solat anda menjadi sah dan tidak perlu diulang semula.

Baca juga Solat yang ditinggalkan dikira hutang, wanita boleh ikut cara qada ini jika tak ingat bilangan

Bagaimana untuk tahu pakaian kita itu bersambung dengan kita, iaitu jika kita bergerak, maka pakaian itu turut bergerak dengan kita.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: Mufti WP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!