Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 bermula 6 September ini

Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 bermula 6 September ini
Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 bermula 6 September ini
A
A
A

SINARPLUS percaya orang ramai masih menanti pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) seperti dijanjikan kerajaan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang sepatutnya diagihkan Ogos lalu.

Ya, berita gembira buat orang ramai bahawa pembayaran BKC Fasa 1 akan dilakukan secara berperingkat mulai 6 September ini.

Perkara tersebut telah diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan, mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos lalu, Ismail telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran bantuan tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Fasa 1 akan di bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021. Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan.

"Ia bakal memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada ketegori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

"Saya sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sediki sebanyak mampu meringankan beban rakyat terkesan Covid-19," ujarnya.

Kelayakan penerima BKC;

1. Miskin Tegar

Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;

a. Isi rumah/ warga emas - RM5,000 dan ke bawah.

b. Bujang - RM2,500 dan kebawah.

2. B40

Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan;

a. Isi rumah/ warga emas - RM5,000 dan ke bawah.

b. Bujang - RM2,500 dan kebawah.

3. M40

Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah;

a. Isi rumah - RM5,001 hingga RM9,000

b. Bujang - RM2,501 hingga RM5,000.

bantuan

Fasa pembayaran BKC;

1. Miskin Tegar

a. Isi rumah RM1,300

  • Fasa 1 RM500
  • Fasa 2 RM500
  • Fasa 3 RM300

b. Warga emas sebatang kara RM500

  • Fasa 1 RM200
  • Fasa 2 RM300

c. Bujang RM500

  • Fasa 1 RM200
  • Fasa 2 RM300

2. B40

a. Isi rumah RM800

  • Fasa 1 RM500
  • Fasa 2 RM300

b. Warga emas sebatang kara RM200

  • Fasa 1 RM200

c. Bujang RM200

  • Fasa 1 RM200

Baca juga 'Tahniah, sabar Ziyad'- Azizulhasni titip semangat buat jaguh lontar peluru paralimpik negara

3. M40

a. Isi rumah RM250

  • Fasa 1 RM250

b. Warga emas sebatang kara RM100

  • Fasa 1 RM100

c. Bujang RM100

  • Fasa 1 RM100.

BKC ini tiada permohonan diperlukan, pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca