BAYI atau kanak-kanak apabila mengalami selesema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis serta merengek.

Bila mengalami selesema, golongan kecil itu berdepan dengan hidung yang tersumbat serta berair.

Nampak seperti tidak membahayakan namun ibu bapa perlu tahu dan pantau, jika mengganggu pernafasan mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga di rumah, anda boleh amalkan beberapa petua yang mudah untuk hilangkan selsema mereka.

Kasihan melihatnya sampai meleleh-leleh, kekadang hingga membuatkan keluar air mata.

Untuk membuatkan anak selesa dan semakin baik, boleh amalkan petua seperti;

1. Minum air secukupnya

Pastikan mereka minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Jangan minum air manis atau bikarbonat pula ya, hanya air putih sahaja.

Untuk bayi yang belum boleh minum air kosong, boleh berikan susu ibu atau susu formula dalam kuantiti yang biasa diminum tanpa perlu menambah kuantiti air.

2. Guna alat sedut hingus

Penyedut hingus atau nasal aspirator sebenarnya air garam dan boleh dapatkan di farmasi mengikut kesesuaian.

Cara penggunaanya adalah spraykan sahaja pada hidung bayi untuk bersihkan hingus dalam hidung.

Baca juga Air kencing warna merah selepas makan buah naga, bahaya ke? Ini penjelasan doktor

Kredot foto: Freepik

3. Madu dan lozenges

Jangan berikan madu kepada bayi di bawah usia satu tahun kerana tidak sesuai. Untuk kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, cuba setengah sudu teh madu.

Untuk kanak-kanak berumur enam hingga 11 pula, cuba satu sudu teh madu. Untuk kanak-kanak 12 atau lebih, boleh cuba dua sudu teh madu.

Ubat batuk dan lozen boleh diberikan kepada anak berusia empat tahun ke atas sahaja. Jangan berikan kepada bayi kerana boleh tercekik. Perlu dapatkan nasihat doktor untuk sebarang jenis ubat.

4. Persekitaran bersih dan selesa

Kadang-kadang tak perasan pun yang persekitaran kita sebenarnya kotor dan boleh menjadi punca anak selesema.

Iklan

Perlu diingatkan sekiranya si ayah merokok, tabiat itu perlu dihentikan segara kerana akan menganggu saluran pernafasan bayi.

Walapun dah merokok jauh tapi sebenarnya tanpa kita sedari anak boleh jadi ‘perokok ketiga’ di mana kesannya lebih teruk berbanding perokok utama. Bahaya kan?

Baca juga Bukan hanya makanan ringan, ini 12 manfaat makan kuaci

5. Bawang putih

Selain digunakan dalam masakan, bawang putih juga berfungsi untuk mencegah penyakit kerana mengandungi antioksidan yang kuat untuk melawan virus.

Iklan

Boleh cuba masak sup dengan hirisan bawang putih yang banyak. Memang menjadi tau.

Diharapkan petua ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk merawat selesema anak namun sila bawa anak berjumpa doktor sekiranya semakin teruk.

Semoga bermanfaat!

Sumber: healtychildren

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.