Bekas Timbalan Pendakwa Raya kini dilantik peguam baharu,  usaha jumpa ibu bapa Zayn Rayyan

No Image Caption
A
A
A

ISU penarikan diri peguam ibu bapa kanak-kanak autisme yang maut dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, menjadi perhatian ramai.Baru-baru ini, peguam yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Fahmi Abd Moin mengesahkan telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kanak-kanak itu.Beliau juga akan hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat ini, sekiranya pihak polis membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman terhadap pasangan suami isteri itu.Menerusi laporan portal berita tempatan, Fahmi beliau sedang berusaha untuk bertemu orang yang disyaki dalam masa terdekat."Buat masa ini belum dapat berjumpa dan saya tengah berusaha untuk bertemu mereka."Saya juga belum ada maklumat sama ada mereka akan disambung reman atau tidak," katanya.

No Image Caption

Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan berkenaan berkata, ia hanya akan diketahui sekiranya pihak polis membuat permohonan lanjutan, di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat."Saya berharap, dapat berjumpa dan berbincang sebelum Jumaat ini, kerana ia adalah hak bagi mana-mana individu yang ditahan reman, termaktub dalam undang-undang," katanya.Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pada Jumaat dan direman selama tujuh hari bermula Sabtu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Difahamkan, penahanan pasangan yang berusia 28 tahun adalah hasil risikan yang dilakukan polis sejak hari pertama kehilangan anak istimewa mereka.Selain ibu bapa, polis baru-baru ini turut mengambil keterangan percakapan daripada bekas pengasuh dan dua ahli keluarga bagi melengkapkan siasatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang