UMUM maklum negara kita sedang melaksanakan bawah perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown fasa pertama antara 1 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut semua sektor sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) sahaja.

Surat kebenaran beroperasi juga dikeluarkan menerusi sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Semalam, MITI mengesahkan sebanyak 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa tempoh SPP tersebut.

Menurut satu kenyataan, daripada jumlah itu sebanyak 517,144 syarikat dengan 9.67 pekerja adalah berdaftar di bawah Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) kelolaan kementeriannya setakat jam 12 tengah semalam.

Katanya, berdasarkan jumlah kelulusan itu, dianggarkan 1.2 juta pekerja dibenarkan untuk bekerja di premis syarikat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pun begitu, lain pula yang berlaku pada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fadhil Roslizan.

Beliau mengatakan, syarikatnya yang menjalankan perkhidmatan fotografi diluluskan MITI untuk beroperasi, walhal secara jelas ia bukan essential.

“Saya cuba nak counter tuduhan sistem CIMS3.0 tak telus. Jadi saya kemaskini maklumat.

“So, saya nak tahu adakah 95,142 syarikat yang lulus ini benar-benar ditapis oleh MITI atau hanya bergantung harap kepada sistem sahaja?

“Dukacita dimaklumkan, syarikat saya dibenarkan operasi,” tulisnya di Twitter baru-baru ini.

Benarkan 95,142 syarikat beroperasi total lockdown, ditapis sepenuhnya atau bergantung sistem semata? Ketelusan MITI dipersoal

Namun demikian, beliau sekadar mengemaskini sahaja dan memberitahu bahawa syarikatnya tetap tidak akan beroperasi walaupun mendapat kelulusan.

“Jangan risau gais, saya tetap akan buat kawalan kendiri. Saya pun tidak akan menjalankan aktiviti perniagaan sebab Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengatakan fotografi adalah bidang bukan essential.

“Saya hanya update maklumat pekerja sahaja untuk sistem kali ini dan terus dibenarkan untuk beroperasi.

“Kenapa sistem jadi begitu? Jika kes saya, pihak PDRM mungkin akan tolak juga sebab jelas nama syarikat saya FOTOGRAFI. Tapi jika nama syarikat saya hanya ABC Sdn Bhd?” soalnya.

Katanya, pihak MITI harus ambil langkah drastik menapis setiap pemohonan.

Iklan

“Sebab itu, melonjak naik syarikat yang diluluskan. Tapisan tidak secara menyeluruh. Jika sebelum ini, bidang pengurusan majlis perkahwinan memang diletakkan di bawah pengurusan sosial.

“So, untuk PKP kali ni pihak MITI harus ambil langkah drastik untuk tapis setiap pemohonan.

“Ini kelulusan yang saya dapat masa bulan Januari 2021. Jadi, bila masa dah masuk fasa PKP 3.0, maka MITI harus tengok semula setiap permohonan. Sudah jelas, saya tulis di situ apa aktiviti perniagaan saya. Kenapa juga diluluskan untuk PKP 3.0? Nampak tak sistem CIMS 3.0 itu tak fixed dan tak telus,” ujarnya.

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas

Sementara itu, Twitter @MITIMalaysia turut memberi respon terhadap isu tersebut.

Iklan

“Salam hormat tuan. Terima kasih atas pemakluman. Permohonan ini sudah pun dibatalkan. Namun, mohon kerjasama tuan dan orang awam untuk melaksanakan pemberdayaan kendiri agar dapat mengurangkan trafik ke sistem dan memberi ruang kepada mereka yang benar-benar perlu membuat permohonan,” tulisnya.

Baca juga Jangan terlalu selesa walaupun sudah divaksin. Selagi 80% belum disuntik, patuhi SOP

Bagaimanapun, posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Kata mereka:

@martiniRahman – “Memanglah dibatalkan. Dah tuan tweet ni jujur bagitau sebab dia sendiri tahu yang perniagaan dia bukan essential. Kalau dapat dekat peniaga tak jujur? asal lulus je bisnes jalan?.”

@Owen2587526569 – “Is KKM serious about this total lockdown then please do it right. Why so many there so many business are allowed to open. This mean more people may not able to WFH or Stay at Home. Hope there will be no more new clusters after 14 June since its total lockdown.”

@LilWhinyDot – “Total lockdown is under MKN. Economy sector under MITI. Have to ask these clowns.”

@SolidEgg – “Everywhere in the world total lockdown see minimum traffic on the roads. In KL traffic jam still. And looking at this tweet read CIMS system. This system is opposite of intelligent.”

@aenTRane_ – “Thank you for this tweet. Sebab I tengok, banyak je company yang bukan essential tapi boleh beroperasi as usual.”

@TheBangah – “Samolah den kijo al-ikhsan manager suruh datang kerja. Gilo ko kedai pakaian kasut essential ke?”