Bercanda waktu solat dengan TikTok, 3 gadis ini dikecam netizen

A
A
A

BUKAN semua perkara boleh dibuat main. Tambahan pula ketika kita sedang bersedia untuk menghadap menyembah YANG ESA.

Apa agaknya yang difikirkan oleh golongan yang tidak sensitif langsung soal berkenaan?

Bayangkanlah, waktu solat pun boleh dibuat 'main' dengan aplikasi TikTok. Video yang dikongsikan satu laman web itu mendapat lebih 4 juta tontonan mendapat kecaman netizen.

Apa tidaknya, dalam video TikTok itu kelihatan tiga wanita siap bertelekung pada mulanya siap untuk solat. Namun begitu, tatkala lagu dangdut berkumandang, mereka mula berjoget dimulakan dengan seorang dari belakang.

Kemudian, wanita kedua 'berjangkit' gelak ketawa kawan pertama tadi sebelum diikuti rakannya yang ketiga yang dipercayai sedang solat di saf depan turut sama ketawa bercanda ria.

Video dipercayai dimuatnaik dari negara seberang itu, mendapat kecaman hebat warga siber yang tidak berpuas hati dengan aksi disebabkan fikiran singkat tiga gadis yang bermain TikTok itu.

Lebih 13k komen dengan 41shares sehingga semalam, rata-ratanya mengecam tindakan mereka.

Netizen geram dan berharap tindakan dikenakan dek aksi mereka.

Bermain TikTok sewaktu bersolat memang amat tidak patut. Wajarlah hukuman dikenakan terhadap golongan yang sengaja mempersendakan agama.

Moga musibat yang berlaku di negara seberang itu tidak berjangkit pula kepada masyarakat di negara kita. Nauzubillah.

Buat ibu bapa dan masyarakat, harapan SinarPlus agar perkukuhkanlah keimanan generasi pewaris kita. -AG #PastiAdaSinar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca