Berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh Covid-19? KKM tampil beri pencerahan

A
A
A

SEMALAM tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp yang mana ada individu berkongsi video tip mudah iaitu dengan hanya mengamalkan rutin harian berkumur dengan ubat kumur ia mampu mencegah dan membunuh virus Covid-19.

Menurut individu tersebut, kaedah itu telah dibuktikan oleh pakar dan dengan pengambilan ubat kumur seperti Betadine atau Listerine tiga kali sehari selama empat hari berturut-turut ia boleh membunuh virus Covid-19 dengan mudah.

Hasil penemuan itu juga didakwa telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah ia diuji terhadap beberapa individu positif Covid-19 yang dikatakan berkesan.

SEMALAM tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp yang mana ada individu berkongsi video tip mudah iaitu dengan hanya mengamalkan rutin harian berkumur dengan ubat kumur ia mampu mencegah dan membunuh virus Covid-19.AWAS! Jangan sesekali mudah mempercayai perkara tersebut tambahan pula ia disebarkan oleh individu bukan dari pihak KKM!

Memandang serius isu ini dan dikhuatiri semakin menular dalam kalangan masyarakat, pihak KKM akhirnya tampil memberikan pencerahan dan membetulkan apa yang silap di laman rasmi Facebooknya hasil perkongsian Dentist M3, Dr Iqbal Rosali.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Dr Iqbal :

“Macam ini. Saya terangkan dari sudut pergigian.

“Di klinik gigi, kami dah practice benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur.

“Kalau anda buat rawatan gigi, tak ada dapat benda ni, minta dengan doktor gigi anda.'

“Benda ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM. Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.

“Ingat, benda ini sebagai langkah pencegahan. Bukan rawatan untuk Covid-19. Sama macam kita gunakan hand sanitizer. Sama macam kita basuh tangan dengan sabun.

“Ubat kumur ada povidine iodine, ada chlorohexidine.

“Hand sanitizer ada alkohol.

“Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.

“Persoalannya sekarang, virus Covid-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni.

“Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus Covid-19, tapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.

“Kalau nak berkumur dengan ubat kumur ini, silakan. Dari sudut pergigian, memang kita sangat galakkan. Tapi bukan buat tuntutan untuk merawat Covid-19.

Kesimpulannya jadilah pengguna media sosial yang bijak dan tidak menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19 sehingga menimbulkan suasana panik kepada orang ramai.

Kita seharusnya merujuk sumber rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman web www.moh.gov.my atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di laman web rasmi www.who.int. jika ada sebarang kemusykilan.

Sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun. AWAS!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca