Bersalin secara pembedahan tak boleh lebih 3 kali, ini risiko wanita perlu tahu

bersalin
bersalin
A
A
A

BERSALIN secara pembedahan (caesarean) tidak boleh melebihi tiga kali. Ia amat berisiko untuk ibu dan bayi.

Baru-baru ini tular kisah merumtun hati ramai apabila seorang ibu muda meninggal dunia ketika melahirkan anak ke-10.

Difahamkan punca kematiannya akibat komplikasi plasenta tahap empat dan ia merupakan pembedahan caesarean kali ke-lapan.

Kejadian itu ternyata menjadi perhatian ramai sebak termasuklah seorang pegawai kesihatan dikenali Dr Wan.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Dr Wan tampil mengulas lebih lanjut berkaitan bersalin secara pembedahan caesarean atau caesar.

Menurutnya, pembedahan caesarean hanya boleh dilakukan sebanyak tiga kali dan itu yang dipelajarinya ketika bergelar pelajar perubatan.

Baca juga Isu suami dayus biarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, cara Ustaz Azhar Idrus dipuji

Wanita dipaksa doktor bersalin normal, kepala bayi terputus saat dilahirkan Gambar fail.

Jelasnya, pembedahan caesarean yang dilakukan lebih daripada tiga kali boleh meningkatkan risiko terhadap ibu dan anak dalam kandungan.

"Besar pengorbanan ibu melahirkan zuriat. Semua ada risiko... risiko melibatkan nyawa! Meninggal dunia ketika bersalin itu adalah syahid.

"Dia mempunyai 10 orang anak di mana lapan dilahirkan secara caesar. Hampa bayangkan lapan kali kena caesar. Yang saya belajar waktu pelajar perubatan hanya tiga kali caesar berturut-turut dibenarkan.

"Selepas itu, dah tak boleh nak beranak tak kisah secara normal atau caesar. Doktor marah bersebab.

"Sebabnya kalau caesar lebih daripada tiga kali boleh meningkatkan risiko terhadap ibu dan anak dalam kandungan. Dalam kes ini, lapan kali caesar, saya tak pernah jumpa lagi," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Wan turut berkongsi perbezaan wanita bersalin secara normal dan pembedahan caesar.

Baca juga Cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu pada 1 Januari 2023? 10 info perlu tahu jika jadi kenyataan

Wanita dipaksa doktor bersalin normal, kepala bayi terputus saat dilahirkan

Ujarnya, banyak kelebihan bersalin secara normal antaranya paru-paru dan kesihatan usus bayi terpelihara.

"Selain itu, komplikasi kesihatan ibu selepas melahirkan anak kurang. Bahasa senang, nak berpantang lebih mudah, luka nak jaga pun senang.

"Tetapi saya tak cakap melahirkan anak secara caesar ini salah atau bahaya. Ada segelintir kes memang terpaksa jalani pembedahan juga.

"Namun, ada juga cakap potong ja kot, masa tidur. Tau tak waktu tidur itu banyak lapisan yang dipotong sebelum sampai ke rahim.

"Ingat senang ke nak sembuh luka? Sebab itu caesar tak boleh buat banyak kali. Sekali caesar akan lemahkan otot rahim dan kehamilan seterusnya akan risiko pecah rahim," ujarnya.

Sumber: TikTok @drwanshare

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca