[VIDEO] Tawaf ikut SOP, sejarah yang akan diceritakan kepada umat akan datang

A
A
A

SUBHANALLAH... Ada hikmah di sebalik wabak Covid-19 terutama buat segolongan insan bertuah yang terpilih ke Makkah pada tahun mencabar ini.

Mereka tak perlu berebut, bergelut, malah berpusu-pusu seperti kelazimannya di musim-musim haji sebelum ini yang mana umat Islam di seluruh dunia akan tiba untuk menunai Rukun Islam ke-5 itu.. Allahuakbar.. seronoknya..

Ya dek wabak virus itu, Kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja dari seluruh dunia bermula 29 Julai ini.

Akhbar tempatan dua hari lalu melaporkan, lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi, terpilih sebagai antara 1,000 jemaah mendapat kebenaran negara itu untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri apabila memberitahu, jemaah berkenaan sudah membuat permohonan terus kepada Kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu.

Bertuah kan mereka?

Mana tak bertuahnya, bayangkanlah pihak berkuasa negara itu mengumumkan ibadah haji yang sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, tetapi pada masa ini jumlahnya sekelumit cuma.

Suasana protokol kebersihan pula ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik.

Pasti pengalaman dan momen ini akan dikenang dan menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Ia sepatutnya dikenang dari segi hikmah di sebalik kejadian, bahkan bukti kekuasaanNya.

https://www.facebook.com/243537035856017/posts/1461350470741328/

Pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi ketika berkongsi video tawaf di tanah suci itu juga memberikan maklum balas itu:

"Ia akan menjadi sejarah. Sejarah yang akan diceritakan kepada umat akan datang. Bertuah jua kepada mereka yang terpilih pada tahun ini. Tawaf Qudum mengikut SOP," tulis beliau di posting di Facebooknya.

Dalama video berkenaan memang tampak tenang mereka yang menunaikan ibadah itu sambil mematuhi syarat penjarakan sosial. Tidak berebut, malah kelihatan teratur bertawaf mengikut garisan.

Gambar-gambar awal jemaah haji tahun ini. Allahu...

Lihatlah... Mereka bertawaf dengan tenang dan bahagia... Di sebuah tempat yang amat mustajab doa...

Sangat bertuah. Mudah-mudahan mereka mendapat haji yang mabrur.

Moga kita semua dapat jua ke sana tidak lama lagi.

Aamiin..... -AG #JanganPutusAsaMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca