Bestnya boleh jalan-jalan! MRT Laluan Putrajaya tambang percuma hingga 31 Mac, 10 info wanita perlu tahu

TRANSIT Aliran Massa (MRT) salah satu satu pengangkutan awam yang menjadi tumpuan pengguna kenderaan awam.

MRT Laluan Putrajaya menghubungkan beberapa lokasi utama berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Tak hairanlah ramai yang teruja dengan beroperasinya MRT Laluan Putrajaya ini.

Baca juga: MRT laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya 16 Mac, 8 info buat pengguna

Dalam perkembangan terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma pada hari pertama ia beroperasi. Berikut 10 info menarik anda perlu tahu:

1-Ia melibatkan semua 36 stesen dalam laluannya dari Stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.

2-Tambang percuma berkuat kuasa jam 3 petang pada 16 Mac 2023, Khamis sehingga 31 Mac ini.

3-Pembukaan MRT 2 tersebut menyusul Laluan Putrajaya Fasa 2 dari stesen Kentonmen ke Putrajaya Sentral yang sudah siap sebelum ini.

4-Terdahulu MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) dilancarkan pada 16 Jun 2022 yang terdiri daripada 12 stesen.

Baca juga: Cuti sekolah, jangan terperuk di rumah. Bawalah anak berjalan, biar mereka rasai momen itu

5-Pada permulaan apabila mula beroperasi akan dimulakan dengan kekerapan lima minit untuk setiap tren.

6-Anggaran masa perjalanan dari Stesen MRT Kwasa Damansara ke Stesen MRT Putrajaya Sentral akan mengambil masa kira-kira 84 minit.

7-Ia dijangka  ia akan memberi perkhidmatan kepada koridor dengan populasi kira-kira dua juta orang dari Kwasa Damansara.

8-Terdapat sembilan buah stesen MRT sepanjang 13.5km segmen bawah tanah bagi MRT Laluan Putrajaya.

Iklan

9- Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) dan Stesen MRT Kwasa Damansara merupakan stesen pertukaran antara MRT Laluan Kajang dan MRT Laluan Putrajaya.

10-Terdapat empat stesen pertukaran di sepanjang jajaran MRT Laluan Putrajaya iaitu:

-Stesen MRT Titiwangsa

-Stesen MRT Chan Sow Lin

-Stesen MRT Tun Razak Exchange

Iklan

-Stesen MRT Sungai Besi

Baca juga: Sakit atau pentingkan diri, wanita baring dalam MRT cetus amarah ramai

Sumber: Sinar Harian, 

Foto: Bernama, Facebook MRT Corp

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi