MRT laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya 16 Mac, 8 info buat pengguna

BERITA baik buat pengguna perkhidmatan awam di Lembah Klang, Perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac ini.

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Pembukaan MRT 2 tersebut menyusul Laluan Putrajaya Fasa 2 dari stesen Kentonmen ke Putrajaya Sentral yang sudah siap sebelum ini.

Menurut kenyataan MRT Corp berikut info berkaitan;

1. Laluan perkhidmatan awam itu akan bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral adalah projek kedua MRT Lembah Klang yang akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya.

2. Keseluruhan Laluan Putrajaya akan merangkumi 57.7 km yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Baca juga Sakit atau pentingkan diri, wanita baring dalam MRT cetus amarah ramai

Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

3. Laluan itu mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.

4. Stesen MRT Kwasa Damansara adalah stesen terminal untuk kedua-dua Laluan Kajang dan Putrajaya. Itu adalah sebahagian daripada reka bentuk yang dirancang mengurangkan kebergantungan dan mengurangkan kesasakan trafik di Stesen MRT Sungai Buloh, yang berintegrasi dengan Stesen KTM Sungai Buloh.

5. Dengan Kwasa Damansara berfungsi sebagai stesen terminal, tren untuk kedua-dua laluan akan bermula dan berakhir di stesen ini, membolehkan penumpang bergerak dengan lancar dari satu laluan ke laluan lain.

Iklan

Baca juga Berita gembira buat penjawat awam, ini 6 inisiatif baharu diumum PM

6. Projek MRT laluan Putrajaya itu menelan belanja RM30.53 bilion untuk kos pembinaan dan kos sistem meliputi 36 stesen membabitkan 49 set kereta api.

7. Jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam masa dua tahun.

8. Pada permulaan apabila mula beroperasi akan dimulakan dengan kekerapan lima minit untuk setiap tren.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.