Bilakah waktu yang sesuai untuk skrub badan?

Bilakah waktu yang sesuai untuk skrub badan?
Bilakah waktu yang sesuai untuk skrub badan?
A
A
A

SERING kali kita dengar skrub kulit muka untuk mendapatkan kulit yang lembut dan bebas jerawat. Namun, tahukah anda bahawa kulit badan kita juga perlu skrub?

Fungsi skrub adalah menanggalkan sel kulit mati agar kulit lebih bersih, lembut dan berseri. Di samping, skrub juga mampu melancarkan peredaran darah dengan sempurna jika dilakukan dengan teknik yang betul.

Cara yang betul untuk skrub badan ialah gunakan teknik urutan mengikut arah jam. Ini adalah untuk melancarkan peredaran darah di samping kulit mati dapat ditanggalkan dalam aturan yang sekata.

Skrub badan juga disarankan untuk dilakukan ketika mandi apabila kulit badan dalam keadaan basah. Seeloknya gunakan air suam. Jangan gunakan air panas ketika hendak skrub kerana ia akan mengeringkan kulit.

Selepas skrub, pastikan anda sapukan losyen untuk lebih menjaga tekstur kulit agar lembut dan tidak kering.

Dengan itu berapa kerap perlu kita skrub kulit badan? Adakah sama seperti skrub muka?

Skrub badan hanya dilakukan dua kali seminggu! Jangan pula lakukan setiap hari kerana ia boleh merosakkan kulit badan sekiranya dilakukan secara kerap.

Mulai hari ini jangan lupa untuk skrub badan ya. Jaga kulit badan sama seperti kulit muka. Walaupun kulit badan tidak terdedah seperti wajah, namun jika kulit badan lembut dan halus anda juga yang akan rasa seronok.

Penulis: Suhaila Ali

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca