SEJAK wabak pandemik Covid-19 melanda negara, ramai di antara kita tidak dapat melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

Para pelajar perlu membiasakan diri dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Begitu juga dengan sebahagian daripada kita yang bekerja dari rumah.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terpaksa dilanjutkan semula, adakah kita akan kekal fokus melaksanakan tanggungjawab masing-masing? Dalam erti kata lain, adakah otak kita mampu kekal cerdas?

Menjawab pertanyaan itu, pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris dalam entri Facebooknya mengatakan, terdapat beberapa makanan yang baik untuk otak dan ingatan kita.

Terlebih dahulu katanya, otak merupakan organ yang sangat penting kerana ia merupakan ‘pusat kawalan’ badan yang bertanggungjawab untuk melakukan fungsi khasnya.

“Antaranya membuatkan jantung berdegup, paru-paru mengepam, melancarkan pergerakan fungsi otak dan pemikiran seseorang,” tambah beliau.

Untuk itu, terdapat makanan yang baik untuk otak kita. Antaranya ialah:

i) Ikan.

  • Ikan sering menjadi senarai utama dalam membantu kesihatan otak.
  • Antara jenis ikan yang baik untuk otak ialah ikan salmon, trout dan sardin kerana sangat kaya dengan sumber asid lemak omega-3.

“Kira-kira 60 peratus otak diperbuat daripada lemak dan separuh daripadanya adalah jenis omega-3.

“Omega-3 juga digunakan untuk membina sel-sel otak dan saraf selain ia sangat penting untuk pembelajaran dan ingatan,” beritahu pakar pemakanan itu.

ii) Kopi.

  • Dua komponen utama dalam kopi adalah kafein dan antioksidan.
  • Kafein dalam kopi mempunyai beberapa kesan positif pada otak iaitu:

a) Meningkatkan kepekaan.

  • Kafein memastikan otak lebih peka dengan menyekat daripada mengantuk.

b) Menjadikan mood lebih baik.

  • Kafein juga melepaskan serotonin untuk ‘rasa’ yang lebih baik.

c) Meningkatkan tumpuan.

Iklan
  • Kajian mendapati bahawa satu cawan kopi ‘O’ pada waktu pagi lebih mudah fokus dalam sesuatu tugasan.

iii) Blueberi.

  • Blueberi memberikan banyak manfaat kesihatan terutamanya untuk otak.
  • Disebabkan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, ia dapat memberi impak positif seperti membantu meningkatkan komunikasi sel-sel pada otak.

iv) Kekacang.

  • Kacang kaya dengan lemak sihat, aktioksidan dan vitamin E yang dapat melindungi sel daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
  • Kacang juga boleh meningkatkan kognitif dan dapat membantu ingatan menjadi lebih tajam.

“Bukan itu sahaja, kacang turut meningkatkan kesihatan jantung seseorang,” beritahunya.

v) Kunyit.

  • Rempah kuning itu adalah bahan utama dalam serbuk kari yang mempunyai beberapa manfaat kepada otak.
  • Curcumin iaitu sejenis antioksidan dan bahan aktif dalam kunyit memberi fungsinya tersendiri seperti membantu meningkatkan ingatan dan mengurangkan kemurungan.

vi) Brokoli.

Iklan
  • Sayur hijau itu sangat kaya dengan antioksidan dan vitamin K.
  • Vitamin K penting untuk membentuk sphingolipids (sejenis lemak yang memegang sel-sel otak).
  • Pengambilan vitamin K dapat membantu meningkatkan ingatan dengan baik, selain dapat melindungi otak daripada kesosakan.

vii) Coklat gelap.

  • Coklat gelap dan sebuk koko dilimpahi dengan flavonoid iaitu sejenis aktioksidan dan kafein.
  • Flavonoids dalam coklat boleh membantu meningkatkan fokus ketika pembelajaran dan ingatan serta membantu menaikkan mood baik seperti gembira.

Mudahkan untuk beli dan dapatkan makanan-makanan terbabit?

Baca juga: Tak mahu anak ketinggalan kerana pandemik Covid-19, mak ayah perlu bertindak

Syaza Liana menambah, makanan-makanan tersebut itu juga boleh meningkatkan kepekaan, ingatan dan mood positif kita.