Biri-biri pramatang hidup dalam plastik selama empat minggu, peyelidik harap kaedah sama diguna pakai kepada bayi

A
A
A

DALAM istilah dan terma perubatan, kelahiran pramatang berlaku apabila bayi yang dilahirkan sebelum mencapai usia minggu ke-37 kehamilan.

Menurut kajian yang pernah dibuat, dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang.

Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 kebiasaannya tidak mempunyai masalah yang serius, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil atau bakal mengalami masalah pernafasan.

Namun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu kebiasaannya memerlukan lebih banyak pembesaran lagi terutama pada bahagian organ dalaman mereka.

Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar untuk bernafas secara normal. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Jika ditanya pula kepada ibu yang pernah memiliki bayi pramatang pasti mengakui hati mereka pastinya tidak sekuat mana untuk menghadapi dugaan tersebut.

Jika boleh digantikan tempat, mereka pastinya mahu menggantikan kesakitan yang dialami oleh si kecil agar mereka tidak melaluinya.

Manakan tidak, melihat tiub dan wayar berselirat di badan dan urat tangan yang dicucuk jarum sehingga lebam kebiruan adalah proses yang amat sukar.

Itu belum mengambil kira emosi ibu yang terganggu kerana tidak dapat menyusukan bayi secara terus seperti ibu lain.

Biri-biri pramatang hidup dalam plastik selama empat minggu, peyelidik harap kaedah sama diguna pakai kepada bayiOleh itu kajian demi kajian dibuat bagi mencari jalan penyelesaian supaya peratusan bayi pramatang yang dilahirkan yang dapat diselamatkan semakin tinggi.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di laman Twitter yang mana pada sekitar tahun 2017, satu kajian telah dibuat terhadap lapan janin biri-biri yang dibiarkan membesar selama empat minggu di dalam uncang plastik.

Paru-paru dan otak haiwan tersebut membesar dan menunjukkan progres seperti biasa. Bulu mula kelihatan selain dilaporkan boleh membuka mata dan menelan minuman.

Selepas empat minggu, kesemua biri-biri itu kecuali seekor daripadanya telah melalui proses euthanasia.

Kajian dilakukan ke atas organ haiwan itu juga mendapati paru-paru dan otak mereka tidak mengalami sebarang kecacatan.

Hasil kajian itu juga boleh dianggap berjaya!

Penyelidik dari Hospital Kanak-Kanak Philadelphia berharap hasil ujian mereka itu juga dapat memberi sinar baru kepada ribuan bayi yang dilahirkan secara pramatang agar dapat terus membesar dengan mengguna pakai kaedah serupa iaitu membesar di dalam uncang plastik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca