MENJELANGNYA Ramadan 2021 esok, semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar zakat fitrah.

Tahukah korang apakah itu zakat fitrah dan berapakah kadar bayaran yang perlu dibayar bagi setiap individu di Malaysia?

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam.

Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram.

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah;

Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk Islam.

Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya.

Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98).

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri;

Iklan
  • Perlis RM7.00
  • Kedah RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00
  • Pulau Pinang RM7.00/ RM12.00 / RM16.00
  • Perak RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  • Selangor RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  • Negeri Sembilan RM7.00
  • Melaka RM7.00/ RM14.00
  • Johor RM7.00/ RM10.00
  • Pahang RM7.00
  • Terengganu RM7.00
  • Kelantan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
  • Sarawak RM7.00
  • Sabah RM6.00/ RM7.50
  • Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan RM5.00/ RM7.00 / RM14.00

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri.

Boleh dibayar Ramadan hingga solat sunat Aildifitri, ini kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  1. Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  2. Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  3. Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  4. Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  5. Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama.
  6. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

Baca juga 7 resipi ayam perap mudah dan sihat! Boleh buat stok sahur Ramadan nanti

Iklan

Selain itu, umat Islam dinasihatkan membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mufti WP