PIALA Dunia Qatar 2022 menjadi tumpuan ramai akhir-akhir ini. Pasukan Maghribi meraikan kemenangan mereka berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan melakukan sujud syukur.

Negara yang secara geografinya berada di benua Afrika itu menewaskan Sepanyol bagi melayakkan diri ke suku akhir dan kemudian berjaya membenamkan Portugal untuk mara separuh akhir.

Baca juga: Cium ibu lepas sepakan penalti, kisah hidup pemain Maghribi, Achraf Hakimi sentuh hati warganet

Kredit foto: Twitter Équipe du Maroc

Aksi pasukan Maghribi melakukan sujud syukur di padang menarik perhatian ramai.

10 fakta berkaitan sujud syukur ini wanita perlu tahu:

1-Perbuatan sujud syukur adalah sebagai respon pantas terhadap nikmat yang diperolehi secara tiba-tiba.

2-Bagaimanapun, terdapat keadaan yang dibolehkan bagi seseorang itu menqadakan sujud berkenaan ke tempoh masa yang lain iaitu tidak dapat dilakukan pada waktunya seperti terlupa, sedang memandu atau seumpamanya yang menghalang dia daripada sujud syukur ketika itu.

Baca juga: Acara pembukaan Piala Dunia 2022, ayat 13 Surah Al-Hujurat dialunkan, 10 info mesti tahu

3-Mantan Mufti Wilayah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi berdasarkan pendapat yang mahsyur di dalam mazhab al-Syafie, sujud syukur boleh diqadakan tetapi dengan syarat jarak masanya tidak boleh terlalu lama.

4-Sekiranya tempoh masanya telah lama berlalu, maka sujud syukur itu.tidak boleh untuk diqadakan.

5-Namun begitu, sekiranya tidak ada sesuatu yang menghalangnya untuk sujud syukur pada waktunya, maka tidak disyariatkan untuk dia menqadakan sujud syukurnya.

Baca juga: Menangis di ‘airport’, lelaki sujud syukur anak 2 orang, tak tahu isteri hamil tika berangkat ke Singapura

Kredit foto: AP

6-“Hal ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hasyiah Qalyubi, jika seseorang mendapat berita menggembirakan atau telah beroleh nikmat dan beliau tidak sujud walaupun tiada keuzuran ketika itu, sebahagian ulama menyatakan dia tidak disyariatkan untuk mengqada sujud itu. Hal ini kerana tidak ada sebab dan alasan beliau menangguhkan sujud berkenaan.

Baca juga: Piala Dunia Qatar 2022 pamer keindahan Islam, bilik solat lutsinar, 10 fakta mengenai Stadium Al Bayt

7-“Sebagai kesimpulan, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan seseorang boleh menqadakan sujud syukur dengan syarat terdapat perkara yang menghalangnya untuk bersujud ketika itu dan tempoh dengan waktu nikmat itu diperoleh tidak terlalu lama,” katanya.

Iklan

8-Selain itu, sujud syukur boleh dilakukan dengan tidak menutup aurat dengan sempurna seperti pemain bola sepak yang terdedah lutut dan sebahagian paha.

9-Ini kerana katanya tiada dalil yang menjadi pemutus perlunya syarat-syarat sah solat seperti menutup aurat, berwuduk dan menghadap kiblat. Bahkan sujud syukur bukanlah solat yang memerlukan syarat sedemikian.

10-Justeru, pemain bola sepak muslim dibolehkan meraikan gol dengan melakukan sujud syukur walaupun dengan pendedahan lutut dan sebahagian paha.

Piala Dunia Qatar 2022 adalah medan dakwah. Majlis pembukaan yang mengumandangkan ayat 13 surah al-Hujurat dan surau berdinding cermin, mendekatkan Islam kepada dunia.

Malah sujud syukur yang dilakukan pemain Maghribi ini adalah salah satu bentuk dakwah kepada yang bukan Islam.

Baca juga: Bukan sekadar sebiji bola, Adidas bangunkan teknologi Al-Rihla sempena Piala Dunia 2022 Qatar

Iklan

Baca juga: ‘;Berjaya atau gagal, bersujud syukurlah kepada ALLAH’

Sumber: Maktabahalbakri 1, 2

Kreditfoto: FIFA 1,2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan