PIALA Dunia Qatar 2022 menjadi tumpuan ramai. Penganjurannya di negara majoriti Islam itu menjadi medan dakwah buat para peminat dari serata dunia.

Pendakwah, Dr Muhammad Salah berkongsi, dalam kerancakan permainan demi permainan, ibadah solat tetap diutamakan. Di Stadium Al Bayt, sebuah surau dibina berdindingkan kaca mendedahkan ibadah itu kepada para pengunjung yang bukan Islam.

Dr Muhammad Salah menitipkan semula perkongsian seorang peminat Piala Dunia tentang keunikan itu.

Baca juga: Bukan sekadar sebiji bola, Adidas bangunkan teknologi Al-Rihla sempena Piala Dunia 2022 Qatar

“Salah satu keindahan Piala Dunia di Qatar ialah mereka menjadikan tempat solat daripada kaca di semua sisi supaya orang bukan Islam boleh melihat (solat ditunaikan).

“Hari ini, semasa saya berada di Stadium Al Bayt, saya pergi menunaikan solat Isyak dan mendapati seorang warga asing berdiri memerhati.

“Beliau memanggil saya dan bertanya berapa kali sehari anda melakukan solat? Saya jawab, lima kali dan wajib. Jika lebih, bertambah pahala. Kemudian saya memberitahu ia tidak mempunyai waktu yang tetap tetapi berpandukan pergerakan matahari. Lalu, saya membuka aplikasi waktu solat dan menerangkan bahawa dalam beberapa hari, waktu solat akan berubah-ubah selain menjelaskan tentang waktu setiap solat.”

Baca juga: Tegas dan lincah di padang, kenali 6 pengadil, pembantu pengadil wanita Piala Dunia Qatar 2022

Pendedahan itu menimbulkan kekaguman dan minat warga asing tersebut sehingga meminta supaya penerangan tersebut diulangi untuk dirakamkannya.
10 info Stadium Al Bayt

1. Stadium Al-Bayt, stadium kedua terbesar selepas Stadium Lusail itu mempunyai rekaan yang mengambil inspirasi dari bentuk khemah tradisional Bayt Al-sha’ar yang digunakan golongan nomad padang pasir.

2.Stadium Al-Bayt direka oleh firma Dar Al-Handasah.

3.Berkapasiti 68,895 orang penonton.

4.Stadium ini menggunakan bahagian atap daripada bahan membran gentian kaca tenunan polytetrafluoroethylene (PTFE) bagi mengelakkan bahang panas.

5.Menariknya, bumbung stadium boleh ditutup bagi mengelakkan lagi pemain di padang dari kepanasan semasa perlawanan berlangsung.

6. Selepas temasya berakhir, kapasiti stadium akan dikurangkan 50 peratus dengan kerusi kemudiannya dipindahkan ke kemudahan sukan berhampiran yang memerlukan.

Iklan

Baca juga: Ini baru betul bertimbang rasa. Qatar umum waktu kerja 5 jam sehari sepanjang Ramadan

7. Bangunan akan diubahsuai untuk menempatkan hotel, pusat membeli belah, dewan serba guna, gimnasium dan dewan makan bagi memastikan ia akan digunakan selepas berakhirnya Piala Dunia 2022.

8. Disambungkan kepada beberapa sistem pengangkutan, tempat letak kereta di stadium itu dapat memuatkan 6,000 buah kereta, 350 buah bas dan 150 buah bas perulangan yang datang dan pergi serta 1,000 teksi.

9. Stadium Al-Bayt diperakui untuk kelayakan kemampanannya di bawah Sistem Penilaian Kelestarian Global (GSAS) untuk beberapa pensijilan yang mewakili reka bentuk dan binaan mampan, amalan pengurusan pembinaan dan kecekapan pusat tenaganya. Stadium ini juga menerima penarafan GSAS lima bintang.

10.Stadium itu juga merangkumi suite hotel mewah dan bilik dengan pemandangan balkoni ke padang bola.

Iklan

Selain Al-Bayt, Qatar turut memiliki tujuh stadium lain yang digunakan pada Piala Dunia 2022.

Baca juga: Tinggalkan bilik persalinan bersih lepas perlawanan, 10 fakta pasukan bola sepak Jepun

Kredit foto: GoQatar2022

Sumber: FIFA World Cup Qatar 2022, Dr Muhammad Salah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi