#botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000, mama restu Saddiq botak demi rakyat

#botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000, mama restu Saddiq botak demi rakyat
#botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000, mama restu Saddiq botak demi rakyat
A
A
A

TERCAPAI! Akhirnya kempen ‘1 keluarga 1 laptop’ diiringi dengan misi cabaran #botakchallenge yang dilaksanakan lima hari lalu oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berakhir dengan kejayaan luar biasa petang tadi.

Menurut Syed Saddiq apa yang mengejutkan, usaha beliau untuk mengumpul RM200,000 bagi tujuan membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya melebihi daripada apa yang beliau sasarkan.

Setakat jam 7 malam tadi, jumlah kutipan mencecah RM383,000 yang mana ia hampir sekali ganda daripada jumlah yang diperuntukkan untuk sasaran 100 orang pelajar.

Syed Saddiq juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam melaksanakan misi tersebut yang mana kebanyakan yang menyalurkan sumbangan bukan lah terdiri daripada penderma besar.

Purata sumbangan diterima dalam lingkungan RM34 hingga RM37 dan itu jelas bermakna mereka adalah individu penyumbang kecil yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarga susah di Muar.

Disebabkan oleh pencapaian itu juga Syed Saddiq turut mengotakan janji dengan mengakhiri misi #botakchallenge dan membotakkan kepalanya.

Apa yang menarik perhatian warganet, perkara itu dibuat secara langsung di Facebook untuk tontonan umum.

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi penghormatan untuk mencukur rambut anaknya yang disiarkan secara langsung di Astro Awani.

"Mama besarkan kamu dengan sapu minyak kelapa hampir setiap hari, sekarang nak botak. Tak apa, untuk rakyat. Bismillah, berjuanglah anakku, demi rakyat," katanya.

"Tak apa, rambut boleh tumbuh tapi hasil sumbangan ini akan kekal lama," balas bekas Menteri Belia dan Sukan itu dengan ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca