Buat-buat masak tak jadi menjengkelkan, Chef nasihat jangan main-main dengan minyak dan api

Buat-buat masak tak jadi menjengkelkan, Chef nasihat jangan main-main dengan minyak dan api
Buat-buat masak tak jadi menjengkelkan, Chef nasihat jangan main-main dengan minyak dan api
A
A
A

SEJAK beberapa minggu yang lalu, heboh sungguh warganet bercerita dan berkongsi kewujudan grup baru di Facebook yang dikenali sebagai ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official’.

Grup yang ditubuhkan April lalu ketika awal PKP itu kini telah mencecah hampir dua juta pengikut, iaitu sebanyak 1,859,841 keahlian sehingga kini.

Menerusi grup tersebut, ahli akan berkongsi masakan mereka yang ‘tak menjadi’ dan sama-sama mengulas mengenai posting masakan yang dikongsikan.

Orang ramai dilihat memberi komen positif dan gelak ketawa apabila melihat perkongsian-perkongsian yang menarik di laman tersebut.

Namun, lama kelamaan, di sebalik komen positif, terdapat juga sesetengah pihak yang mula mempertikaikan mengenai tujuan asal page tersebut diwujudkan.

Mana tidaknya, penulis sendiri melihat sesetengah posting daripada mereka terlalu ‘try hard’ untuk menampakkan masakan yang dibuat tidak menjadi agar dapat meraih perhatian ramai.

Selain itu, ada juga yang mengambil kesempatan mungkin membuat ‘marketing’ untuk kepentingan diri.

Chef selebriti dan juga Pensyarah Unitar, Asma Nordin turut menyuarakan pendapat dengan memuat naik satu posting setelah melihat salah seorang daripada ahli grup tersebut memuat naik masakan yang didakwa cekodok pisang yang hangit.

“Makin lama makin disengajakan pula, Saya pelik sikit...kenapa cerdik sangat...dah tau hangit tutup la api tu...Ini tidak ditutup api...lagi digoreng sampai hangus.

“Kesian kat makanan tu...saya nak nasihat satu! Minyak panas ni jangan dibuat main-main...silap hari bulan terbakar satu rumah...baru menyesal!

“Dari masak apa tak jadi silap-silap dengan harta benda habis hangus terbakar,” tulisnya.

Nasihat Chef Asma ini harus kita semua jadikan panduan.

Kenapa perlu sengaja nak masak tak jadi sedangkan di luar sana masih ramai insan yang kurang bernasib baik malahan mungkin juga ada yang kebuluran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca