TIDAK perlu lagi ke kedai, kemahiran ‘manicure’ atau merias kuku jika kita mengetahui cara membuatnya sendiri. Mudah sahaja langkahnya.

Merias kuku atau manicure bukan hanya berfungsi kepada kuku semata-mata, ia turut mempunyai beberapa kebaikan lain. Antaranya ialah ia berupaya membersihkan dan mencantikkan kuku, melembutkan dan melembapkan bahagian tangan yang kasar, mencegah tangan dan kuku tangan daripada jangkitan kuman serta menghilangkan tekanan (stress) pada tangan.

Korang pernah cuba merias kuku sendiri di rumah? Dengan menggunakan alat dan bahan yang betul, ia menjadi walau pun hasilnya tidaklah setanding hasil perias kuku dan tangan profesional.

Langkah-langkahnya juga mudah. SinarPlus menyediakan tip, langkah, alat dan petua melakukan ‘manicure’ yang sempurna di rumah.

Untuk memanjakan tangan dan kuku korang dengan betul, ada beberapa alat dan barang tertentu yang wajib dimiliki.

Menurut jururias tangan dan kuku, Lisa Logan dan Betina Goldstein, antara alat yang diperlukan adalah ‘nail file’ (untuk membentuk kuku), ‘buffer’ (untuk melicinkan kuku), ‘cuticle oil,’ berus kuku serta lapisan asas dan apa sahaja warna kuku yang korang pilih dan lapisan atasnya.

Ini adalah cara-cara mendapat kuku yang cantik setaraf professional.

1. Membentuk
Potong kuku korang menggunakan pengetip kuku kecuali jika kalau mahu membiarkannya Panjang. Semasa memotong kuku, jangan dimulakan di bahagian tengah tetapi mulakan dari tepi supaya kuku korang tidak terbelah.

2. Buff
Untuk mendapatkan permukaan kuku yang licin dan cantik, korang perlu menggosok kuku korang selama beberapa saat. Mulakan pada bahagian tengah kemudian ke bahagian tepi kuku. Mesti korang terfikir untuk meninggalkan langkah ini jika korang kesuntukan masa kan? Rugilah jika tinggalkan langkah ini kerana ia nanti tidak berkilat!

3. Rawat kutikel
Sapukan ‘cuticle oil’ terus ke kuku menggunakan jari untuk mendapatkan efek yang lebih panjang. Sekiranya anda memotong kuku dengan cara yang salah, ia boleh menyebabkan kerosakan pada kutikel kuku korang. Oleh itu, korang disarankan menekan perlahan-lahan kutikel tersebut dari memotongnya.

Iklan

 

Baca juga: Ketap dan jilat bibir antara ‘big no’. 3 tabiat ini perlu dijauhi

4. Cuci
Ini adalah Sebahagian cara ‘manicure’ di salun apabila jururias tangan dan kuku menyuruh kita ke singki untuk mencuci kuku menggunakan berus dan sejenis air. Korang juga boleh menggunakan kapas yang dicelup dengan toner untuk wajah.

5. Base coat

Iklan

Sapukan base coat untuk melicinkan permukaan kuku korang sebelum meletakkan pewarna kuku.

Dan voilà! Siap sudah proses ‘manicure’ korang di rumah. Cubalah jadikan ‘manicure’ sebagai rutin penjagaan diri korang. Senang sahaja langkahnya. Buat sendiri di rumah lebih menjimatkan.

 

Sumber: Allure