SEMALAM, tular satu video di media sosial memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didakwa mengiringi lori balak.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan itu mendapat pelbagai reaksi warga maya sekali gus ada yang menyeru JPJ serta Kementerian Pengangkutan memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak mengatakan JPJ memberi ‘perlindungan’ kepada semua lori balak terbabit.

Justeru, JPJ dalam satu kenyataan menegaskan;

1. Kenderaan JPJ mengiringi beberapa lori balak di kawasan Gua Musang, Kelantan itu sebenarnya sebahagian Operasi Khas Lori Balak yang dilaksanakan JPJ Kelantan, semalam.

2. Tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu adalah untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meloloskan diri daripada kawalan JPJ seterusnya ke lokasi yang diarahkan untuk menimbang berat muatan.

3. Tindakan terbabit juga merupakan satu daripada prosedur operasi standard (SOP) JPJ bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

4. JPJ memandang serius persepsi negatif terhadap JPJ yang didakwa seolah-olah memberi perlindungan kepada semua lori balak terbabit.

Ayuh langsaikan saman sementara JPJ tawarkan diskaun 70 peratus!

5. Perkongsian video itu dilihat telah mencalarkan imej JPJ tanpa si pemilik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.

Iklan

6. JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin.

Baca juga Henti bungkus makanan guna paku, dawai kokot, peniaga ingkar boleh didenda RM10,000, penjara 2 tahun-KKM

Iklan

7. JPJ menerusi operasi tersebut menahan 30 lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan bertindak membuat pemeriksaan sebelum kesemua lori berkenaan diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa Mentara diringi kenderaan rasmi JPJ.

8. Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 56 notis kesalahan iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.