DEK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi memutuskan sebaran wabak Covid-19 ini, banyak perancangan kita yang sudah tertangguhkan bukan?

Ya, bukan hendak menyalahkan takdir. Kita harus akur, sebagai umat Islam, apa yang berlaku semuanya sudah diaturkan. Itu juga termasuk dalam soal hal mendirikan rumah tangga.

Kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana… Apabila kita ditakdirkan terpaksa menunaikan kewajipan yang satu itu melalui nikah online itu juga sudah ditakdirkan.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda bernama Muhamad Haikal Luqman Sabri, 23, dari Selayang, Selangor dan pasangan, Nurul farah A’aina Jafridin, 23.

Menurut bapa Haikal , Sabri Ahmad, 51, anaknya itu terpaksa nikah sendirian di rumah sewanya di One Selayang jam 12.30 tengah hari semalam.

Majlis nikah secara ‘online’ di rumah sewa Haikal dikatakan terpaksa dilakukan tanpa kehadiran ibu bapanya yang terperangkap di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam.

Sabri sendiri yang meminta Haikal dan pasangan, Nurul farah A’aina meneruskan pernikahan itu selepas tertangguh pada 3 April lalu.

“Dia (Haikal) nikah sendirian di rumah sewanya di One Selayang jam 12.30 tengah hari tadi. Isterinya pula berada di rumah keluarga di Selayang Height. Kami tak dapat hadir kerana berada dalam kawasan PKPD Taman Sri Murni.

“Kesian melihatnya yang tidak ditemani ahli keluarga. Dia juga terpaksa melakukan akad sebanyak tiga kali disebabkan masalah gangguan internet,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, anaknya itu memang tinggal bersama keluarga, namun pada Ahad lalu tidur di rumah sewanya sehari sebelum PKPD dilaksanakan pada 20 April.

Pasangan itu adalah antara tujuh pasangan yang nikah secara ‘online’ di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

Pelbagai repons

Begitupun, selepas berita tentang pernikahannya dilaporkan, ramai netizen yang memberikan respons yang tidak-tidak.

Pada Sinarplus juga, ia tidaklah patut, memandangkan pemuda itu melakukan perkara baik untuk mendirikan masjid.

Iklan

Barangkali hendak membetulkan salah faham warga siber yang melontarkan pelbagai komen, ini jawapan Haikal sendiri di ruangan komen Facebook Sinar Harian:

“Terima kasih pada yg komen aku gelojoh nk kawin. Dan terima kasih pada yg komen positive. Sbb aku nikah awal sbb borang nikah dgn hiv dah nk expired so klau aku tk nikah aku kena buat balik hiv dan renew borang nikah.

Lagi2 lepas pkp ni confirm rmai yg nk nikah, rmai yg nk buat hiv test, rmai yg nk renew borang nikah. So salah ke aku nk mudahkan keje aku? Apa ingt kawin ni mmg utk bersama je ke?,” tulisnya.

Laporan pernikahan secara online Haikal dan pasangan dikongsikan di Facebook Sinar Harian, semalam.

Memang win jawapannya kan…

Sudah.. jangan membawang. Puasa tak tu? Bersangka baik kan elok.

Iklan

Jelas jawapan Haikal.

Susulan penjelasannya itu, ramai yang meminta maaf dengannya dan tidak kurang juga yang kini faham mengapa acara nikah online tersebut terpaksa dilaluinya.

Buat Haikal dan isteri, Nurul farah A’aina… ikhlas daripada Sinarplus, semoga berbahagia hendak-NYA.

Kepada netizen pula, harap jangan sangka yang tak baik lagi di bulan Ramadan yang mulia ini ya…. #PastiAdaSinar