DALAM tempoh 10 hari lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Syawal selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Mungkin ada yang berpendapat, tiada bezanya sambutan raya kali ini seperti tahun terdahulu kerana larangan rentas negeri masih dilaksanakan.

Pun begitu, mood raya mestilah onz dengan persiapan serba-serbi baharu walaupun dengan hanya menggantung lampu raya, mengecat rumah, mengubah suai ruang tamu atau dapur.

syurga perabot shopping raya

Bercakap mengenai pengubahsuaian ruang dalaman rumah, mungkin ramai yang mencari-cari perabot atau kelengkapan baharu untuk menyerikan lagi suasana raya.

Sebenarnya, selain gedung terkemuka, Ikea yang menjadi tumpuan peminat deko, ada lapan lagi syurga perabot dan kelengkapan rumah yang boleh dipertimbangkan untuk dikunjungi.

Berikut, SinarPlus kongsikan perinciannya:

syurga perabot shopping raya

1. SSF Home

  • Destinasi sesuai untuk mereka yang ingin membawa wajah baharu untuk ruang rumah idaman.
  • Ada lebih 30,000 yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan tema konsep yang diinginkan seperti moden, stail English, Victoria ataupun Fusion.
  • Sekarang ada promosi ya!

syurga perabot shopping raya

2. Harvey Norman

  • Selain terkenal dengan produk berkualiti, jenama Australia yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia tidak kurang hebatnya.
  • Bukan sahaja perabot, barangan elektrik pun ada dijual untuk memudahkan pelanggan membeli di bawah satu bumbung.

syurga perabot shopping raya

3. Ruma Home

  • Antara syurga perabot yang unik pada harga mampu milik.
  • Elemen rotan yang diterapkan dalam reka bentuk perabot seperti meja memang menaikkan seri ruang dalam rumah.

syurga perabot shopping raya

4. Da Vinci

Iklan
  • Namanya pun dah gah, apatah lagi item yang dijual untuk pelanggan.
  • Bagi mereka yang memiliki cita rasa mewah, bolehlah cuci mata untuk melihat koleksi terbaharu untuk Raya nanti.

5. Mumuliving

  • Untuk mereka yang mencari item untuk menghiasi ruang kecil seperti penjuru rumah atau ruang kecil, bolehlah intai perabot minimalis yang ada di Mumuliving.
  • Pemilihan warna yang ceria juga menyumbang kepada keselesaan pada ruang tersebut. Betulkan?

syurga perabot shopping raya

6. Mood Design

  • Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk jenama yang mula dikenali sejak tahun 2015.
  • Menariknya, desain sofa, meja makan, konsol atau koleksi perabot customized memang lain daripada lain.

syurga perabot shopping raya

7. Cellini

Iklan
  • Bagi mereka yang belum biasa dengar, jenama perabot itu mula dikenali sejak 1986 di Singapura dan berkembang di Malaysia dan Indonesia.
  • Popular dengan reka bentuk yang moden dan kontemporari dengan kemahiran pertukangan berkualiti.

8. Lorenzo

  • Port baik untuk mereka yang sukakan perabot berasaskan kulit dan kayu premium untuk menghiasi ruang tamu, makan dan bilik tidur.
  • Cukup pakar dalam pembekalan dan pemasangan untuk granit, marmar, batu kapur, travertine, kuarza dan jubin yang cantik untuk pelanggan.

syurga perabot shopping raya

Apa lagi? Jomlah usha barang-barang idaman yang mungkin ada dalam bajet anda. Apa salahnya hiburkan hati dengan suasana rumah yang cantik dan ceria.

Sekurang-kurangnya kita masih boleh menyambut Aidilfitri dengan norma baharu dengan keluarga kecil yang sihat walafiat dan bebas wabak Covid-19.

Jika tidak dapat pulang ke kampung buat sementara waktu, bermasyarakatlah dengan jiran tetangga. Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya!